Header Ads

Tak Tahan Diejek, Pelakon Cilik Rykarl Iskandar Berhenti Sekolah

Rykarl Iskandar Berhenti Sekolah Tak Tahan Diejek | Pelakon kanak-kanak iaitu Rykarl Iskandar memberitahu dia sudah berhenti belajar di sekolah sejak awal tahun ini dan beralih kepada pembelajaran dari rumah atau home schooling.

Rykarl, 10, berkata, dia mengambil keputusan itu selepas tidak tahan diejek oleh rakan-rakan sekolahnya sehingga menggangu konsentrasi pembelajaran hanya kerana dia seorang pelakon memetik MStar.

Tak Tahan Diejek, Pelakon Cilik Rykarl Iskandar Berhenti Sekolah

“Saya sering menjadi mangsa ejekan rakan-rakan di sekolah hanya kerana saya seorang pelakon sehingga menyebabkan fokus saya terhadap pelajaran terganggu.

“Atas sebab itu saya berhenti sekolah dan belajar secara ‘home schooling’ sejak awal tahun ini,” katanya kepada mStar Online.

Rykarl sebelum ini bersekolah di Sekolah Rendah Islam Seri Pintar Al-Amin, Bandar Sunway dekat sini.

Rykarl Iskandar Berhenti Sekolah Tak Tahan Diejek
Rykarl semakin selesa belajar dari rumah.

Dalam pada itu, Rykral berkata, walaupun pada awalnya dia agak kekok belajar dari rumah tetapi lama kelamaan dia semakin selesa.

Jelasnya, menerusi kaedah itu dia mampu membahagikan masa terhadap kerjaya sebagai pelakon dan pelajaran tanpa perlu bimbang tidak dapat hadir ke sekolah jika sibuk di lokasi penggambaran.

“Guru akan datang ke rumah tiga kali seminggu dan kadang-kala lebih dari itu untuk mengajar saya walaupun pada awalnya sedikit kekok.

“Alhamdulillah pembahagian masa juga semakin terurus kerana belajar di rumah lebih fleksible bersesuaian dengan jadual penggambaran,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Rykarl berkata, dia kini sedang sibuk di lokasi drama bersiri terbaharunya berjudul Karipap Cinta.

Dia juga calon top 5 Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM 27 ) yang bakal berlangsung pada 5 September depan bagi kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik menerusi filem Lelaki Harapan Dunia.

No comments:

Powered by Blogger.