Header Ads

Stacy Sah Peluk Islam

Stacy Akhirnya Sah Peluk Islam, Pilih Nama Ummu Syaikhah Stacy Abdullah | Setelah sekian lama meluahkan rasa cinta terhadap Islam penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia 6 (AF 6) Stacy akhirnya bergelar seorang muslim.

Majlis lafaz syahadah dilakukan pada petang Isnin memetik Mstar.

Sebelum ini terdapat ura-ura yang mengatakan Stacy telah memeluk agama Islam tetapi masih tidak dapat disahkan.

(Baca: Benarkah Stacy Peluk Islam?)

Stacy Sah Peluk Islam

Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 25, dilaporkan hadir ke pejabat Jabatan Agama Islam ditemani Akim dan ibu serta bapa kekasihnya itu bagi tujuan berkenaan di Johor Bahru.

Stacy yang berasal dari Sabah sebelum ini beragama Kristian.

Sehubungan itu pihak Astro akan mengadakan satu sidang media pada petang Selasa bersama Stacy bagi berkongsi berita baik berkenaan.

No comments:

Powered by Blogger.