Header Ads

Shisha Stick Ditemui Pada Murid Sekolah Rendah

Shisha Stick, Cabaran Baharu Buat Guru Sekolah | Kalau dahulu, cikgu sibuk memerangi pelajar dengan rokoknya. Zaman moden pula golongan pendidik terpaksa menempuhi cabaran baharu iaitu Shisha Stick yang berbentuk seperti rokok.

Apa yang sangat membimbangkan adalah Shisha Stick ini ditemui pada pelajar sekolah rendah dan ia dikatakan mengandungi sejenis ganja yang membuatkan pelajar ketagih. Namun, kandungan ganja itu masih dipersoalkan. Mungkin saja ia merupakan bahan nikotin seperti rokok.

Shisha Stick Ditemui Pada Murid Sekolah Rendah

Shisha Stick ini juga dikatakan menyala hujungnya dan mengeluarkan asap apabila dihisap sama seperti rokok.

Dengan harga serendah RM17 dan dipercayai mudah didapati, ibu bapa dengan mudahnya tertipu jika anak-anak menyimpan Shisha Stick terbabit dalam kotak pensil dan beranggapan ianya hanyalah pen atau pemadam.

Shisha Stick Ditemui Pada Murid Sekolah Rendah

Fenomena ini dikaitkan dengan fenomena vapor yang sekarang ini tengah trending dan ramai yang menyalahkan pengguna vape yang didakwa mempengaruhi pemikiran kanak-kanak.

Terdapat juga laporan yang menuduh penjual vape dengan mudahnya menjual peralatan tersebut kepada kanak-kanak.

Namun, pengguna vape dengan kerasnya menyangkal kenyataan vape mempengaruhi kanak-kanak dan penjual tidak akan menjual produk berkaitan vape kepada kanak-kanak bawah 18 tahun.

Lihat sahaja kedai vape, logo larangan masuk untuk kanak-kanak bawah 18 tahun terpampang jelas dan sekiranya terdapat penjual tamak menjual produk vape kepada kanak-kanak, penjual itu sangat tidak bertanggungjawab.

Shisha Stick, Cabaran Baharu Buat Guru Sekolah

(Baca: Kajian pakar Menunjukkan Vaping 95 peratus ‘lebih selamat’ berbanding rokok)

No comments:

Powered by Blogger.