Header Ads

Saman Isteri Kerana Hodoh dan Tidak Mengenalinya

Lelaki Terkejut Bangun Pagi Lihat Muka Isteri Hodoh | Seorang pengantin lelaki menyaman isterinya sehari selepas mereka berkahwin kerana wanita itu tidak secantik seperti sebelum mereka melangsungkan perkahwinan.

Lelaki berkenaan menuduh isterinya menipu dengan memakai mekap tebal memetik laporan Harian Metro.

Saman Isteri Kerana Hodoh dan Tidak Mengenalinya
Gambar hiasan.

Lelaki itu memberitahu mahkamah di Algiers, dia terkejut apabila bangun pagi dan mendapati isterinya kelihatan hodoh sehingga dia tidak mengenalinya.

Akhbar tempatan melaporkan, pengantin berkenaan bersumpah di mahkamah bahawa dia menyangka isterinya pencuri yang menceroboh masuk apartmennya.

“Pengantin lelaki itu memberitahu mahkamah, dia tidak mengenali isterinya selepas wanita itu membersihkan mekap di mukanya. Dia mendakwa tertipu kerana isterinya memakai mekap tebal untuk mencantikkan wajahnya sebelum mereka berkahwin.

No comments:

Powered by Blogger.