Header Ads

RON95 atau RON97 yang Sesuai Untuk Kereta 2.0?

Mana satu lagi sesuai antara RON95 atau RON97 untuk kereta 2.0? | Berikut merupakan soal jawab kesesuaian jenis petrol yang terdapat di pasaran untuk kereta 2.0 yang dipetik dari Harian Metro.

Saya memiliki kenderaan enjin berkapasiti 2.0 liter dan adakah benar dakwaan bahawa minyak petrol RON97 lebih sesuai untuk digunakan kereta itu.

Bagaimanapun, saya hanya menggunakan petrol RON95 kerana kebanyakan kereta mewah turut menggunakan petrol itu.

Selain itu, buku manual kenderaan saya mencadangkan supaya guna minyak petrol jenama tertentu.

Apakah jenama bahan turut memainkan peranan dalam kualiti minyak untuk sebuah kenderaan?

IZWAN,

Perlis.

RON95 atau RON97 yang Sesuai Untuk Kereta 2.0

Jawapan:

Adalah lebih sesuai sekiranya anda menggunakan bahan api dengan indeks RON yang disyorkan pembuat kereta.

Bahan api dengan indeks RON yang tinggi akan memberi prestasi lebih terbaik memandangkan ia mampu memberi kuasa lebih baik.

Namun, harganya lebih ting­gi dan bagi pengguna kereta yang disyorkan RON95, menjadi pilihan cita rasa untuk menggunakan RON97.

Bagaimanapun, ada yang berpendapat cara pemanduan berhemah mampu mendapatkan hasil lebih menjimatkan dengan lebihan kuasa daripada RON97.

Gunakan bahan api disyorkan pengeluar kereta yang membuat kajian bagi memberi prestasi terbaik untuk kenderaan anda.

Jenama petrol yang berlainan akan menggunakan bahan tambahan berbeza dalam produk mereka.

Bahan api asas dicampur formulasi tertentu bagi menghasilkan petrol yang ditawarkan untuk membezakan jenama daripada yang lain.

Buat pilihan dengan bijak supaya menepati kehendak cara dan gaya pemanduan anda.

No comments:

Powered by Blogger.