Pesakit Berat 200 Kg Terpaksa Dipunggah Guna Trak Bomba
Terpaksa Guna Trak Bomba Untuk Angkat Pesakit Berat 200 Kg | Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Taiping terpaksa dipanggil bagi membantu memindahkan seorang pesakit wanita yang berat badannya 200 kilogram (kg) di Hospital Taiping (HT) di sini, petang semalam.
Pesakit berusia 45 tahun itu dibawa dari Wad D5 ke Bahagian X-ray hospital sama menggunakan trak bomba memetik Harian Metro.
Bantuan anggota bomba itu diperlukan berikutan pesakit sukar dibawa dengan pengusung biasa kerana masalah saiz tubuh dan berat badannya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping Penguasa Kanan Pegawai Bomba Hasna Rashid berkata, sebaik dimaklumkan kira-kira 3.10 petang semalam, lima anggota dihantar ke HT untuk membantu mengangkat pesakit terbabit.
Menurutnya, pesakit berkenaan dipindahkan dengan menggunakan trak bomba.
“Oleh kerana pesakit itu mempunyai berat badan 200 kg maka sukar untuk ditolak dengan katil atau dibawa menggunakan pengusung ke bahagian X-ray hospital itu,” katanya.
Menurutnya, operasi berjalan dengan lancar dan tamat kira-kira jam 4.31 minit petang.
No comments: