Penunggang Motosikal Ganas Buat Uncle Ketakutan
Video Penunggang Motosikal Mengamuk, Hempas Pintu Kereta Seorang Uncle | Beredar di laman sosial hari ini sebuah video yang telah dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook di mana menunjukkan seorang penunggang motosikal telah mengamuk.
Penunggang berkenaan dilihat dalam keadaan marah telah menghampiri kereta yang dipandu oleh seorang pak cik bersama keluarganya memetik Siakap Keli.
Berdasarkan pemerhatian mungkin kereta tersebut telah terlanggar motosikal yang ditunggang lelaki berkenaan menyebabkan dia tidak dapat mengawal emosinya.
Uncle di dalam kereta tersebut tidak hentia-henti bercakap “Sorry aa Sorry, encik sorry,sorry” berulang kali namun tidak dihiraukan lelaki berkenaan.
Lelaki tersebut dilihat cuba memukul Uncle berkenaan menyebabkan isteri dan anak uncle berkenaan menangis ketakutan sebelum lelaki berkenaan menghempas pintu kereta tersebut dengan kuat.
Apapun, sesiapapun yang salah tidak seharusnya kita bersikap demikian, selesai cara elok bukan tunjuk siapa kuat kerana kita rakyat Malaysia terkenal dengan budi pekerti dan berhemah.
Kalau ikutkan baju yang dipakai tertulis “The Sunnah Is The Better” tetapi caranya itu bukannya ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah, Nabi mengajarkan kita supaya bersabar bukan bersifat demikian.
Apapun kita tidak boleh terlalu cepat membuat kesimpulan, kita tunggu jawapan dari brader berkenaan mengenai tindakannya itu.
No comments: