Header Ads

Cara Jana Pendapatan Sampingan Dengan Servis Buang Sampah

Lelaki Jana Pendapatan Sampingan Dengan Servis Buang Sampah | Macam tak percaya seseorang boleh mencari duit tepi dengan hanya servis buang sampah. Tetapi, lelaki ini membuktikan segalanya.

Kisah ini dikongsikan oleh Firdaus Yasin. Mari kita ikuti kisahnya.

Ini sahabat saya, Adam Zainufi, seorang penjawat awam yang baru saja menimang seorang cahaya mata. Beliau berkongsi cara-cara menambah pendapatan sampingan.

Cara Jana Pendapatan Sampingan Dengan Servis Buang Sampah

Pada awal pagi semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, beliau kasihan melihat penduduk apartment yang terpaksa membawa sampah turun. Ada ketikanya mereka terpaksa berulang ali membawa beg dan ambil anak, naik dan turun. Melihat daripada masalah itu, Adam mendapat idea untuk membuat servis buang sampah.

Setiap tiga kali seminggu dengan bayaran RM30 sebulan. Tong sampah, beliau sediakan. Waktu bekerja pula bermula pada jam 10 sehingga 11 malam sahaja untuk 30 buah unit apartment. Pada masa ini, perkhidmatan itu hanya dibuat di kawasan tempat tinggal dia sahaja.

Cara pengiklanannya amat mudah. Kertas A4 yang dipotong empat dan diselitkan di setiap pintu apartment. Sasarannya, tingkat tiga dan empat.

Kawasan apartment yang didiami Adam ini tidak mempunyai lif. Apabila Adam mahu mengutip sampah, beliau akan blast melalui WhatsApp kepada semua pemilik apartment yang telah berdaftar.

Walaupun hasilnya tidak banyak, namun sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan perbelanjaan bulanan beliau.

No comments:

Powered by Blogger.