Header Ads

Pelajar Payung Rakan Muslim Yang Sedang Menunaikan Solat

Tanpa Mengira Pegangan, Pelajar Ini Memayungi Rakan Muslim Yang Sedang Menunaikan Solat | Gambar ini yang viral di laman sosial membuktikan semangat perpaduan dan sifat hormat menghormati masih lagi utuh dalam diri semua Rakyat Malaysia.

Gambar ini dimuat naik oleh Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin melalui halaman Facebook miliknya pada minggu lepas. Beliau juga merupakan seorang pensyarah di Universiti Malaysia Perlis (Unimap) Malaysia.

Pelajar Payung Rakan Muslim Yang Sedang Menunaikan Solat

Dalam foto yang dimuatnaiknya, ia memaparkan beberapa orang mahasiswa yang berbangsa Cina dan India dilihat melindungi rakan mereka yang beragama islam menunaikan kewajipan solat mereka dalam keadaan hujan renyai.

Gambar ini membuktikan bahawa perbezaan budaya dan agama bukan suatu halangan untuk berbuat baik kepada semua manusia. Di samping itu, mesej dalam gambar ini selari dengan tema “sehati sejiwa” untuk hari kebangsaan tahun ini.

Tanpa Mengira Pegangan, Pelajar Ini Memayungi Rakan Muslim Yang Sedang Menunaikan Solat

Semoga perbuatan pelajar ini menjadi ikutan dan contoh kepada rakyat Malaysia agar saling hormat-menghormati dan tolong menolong antara satu sama lain serta menjaga keharmonian dan hubungan yang telah dibina selama ini.

Tanpa Mengira Pegangan, Pelajar Ini Memayungi Rakan Muslim Yang Sedang Menunaikan Solat

No comments:

Powered by Blogger.