Paderi Arah Gadis Dirogol Bergilir-gilir dan Dikorek Biji Mata
Video Remaja Dirogol Beramai-ramai dan Dikorek Mata Atas Arahan Paderi | BUENOS AIRES – Seorang remaja Argentina telah dirogol beramai-ramai sebelum kedua-dua matanya dikorek oleh kakaknya dalam kejadian ngeri yang didakwa dilakukan atas arahan paderi di General Pinedo.
Mangsa kini bertarung nyawa di unit rawatan rapi di sebuah hospital. Dia diperlakukan sedemikian rupa selepas keluarganya percaya remaja terbabit telah dirasuk kerana sering terbayang binatang dalam kepalanya.
Menurut kakak mangsa, paderi di sebuah pusat keagamaan di situ turut memberikannya pisau tajam untuk digunakan dalam serangan berkenaan dan diarahkan supaya dia sendiri mencungkil mata adiknya itu.
Ini dilakukan kononnya sebagai memulihkan remaja tersebut yang berusia 16 tahun itu malahan ibu bapa kepada gadis berkenaan turut percaya bahawa anak mereka perlu dirawat kerana telah dirasuk oleh syaitan.
Dalam pada itu, polis memaklumkan bahawa remaja berkenaan turut mengalami kecederaan di bahagian alat sulitnya dan mereka yang merogolnya dalam upacara pemujaan aneh tersebut akan ditangkap.
“Dalam masa 22 tahun saya berkhidmat dengan pasukan polis Argentina, inilah kali pertama saya melihat satu kes yang begitu mengejutkan dan lebih dahsyat dilakukan oleh ahli keluarga sendiri mangsa pula.
“Begitu juga dengan pihak pendakwa raya. Mereka juga baru pertama kali berdepan dengan kes yang kejam ini. Sukar untuk dibayangkan perkara seperti ini boleh berlaku kepada seorang remaja,’’ kata polis.
No comments: