Header Ads

Muhyiddin ‘Amat Merbahaya’ Kata Azwan Ali

Azwan Ali kutuk Muhyiddin, sifatkan bekas TPM ‘amat merbahaya’ | PETALING JAYA: Selebriti tempatan, Azwan Ali ‘bikin panas’ lagi dengan kenyataan kontroversinya dan kali ini dia mengutuk Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menerusi akaun Instagram, Azwan Ali yang menggelarkan dirinya ‘Diva AA’ membuat kenyataan menyelar Muhyiddin yang berterusan menyerang kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak memetik Free Malaysia Today.

Muhyiddin ‘Amat Merbahaya’ Kata Azwan Ali
Adik kepada Menteri Besar Selangor itu menyelar tindakan Muhyiddin mengkritik Najib dan UMNO dalam Mesyuarat UMNO Bahagian di seluruh negara.

Azwan bakal mencetuskan kemarahan ramai menyifatkan bekas Timbalan Perdana Menteri sebagai ‘duri dalam daging’ dan ‘amat merbahaya’ kerana kritikan terhadap Najib dan UMNO.

“Tak habis-habis ke hulu ke hilir. Kesian. That day siap buat PC ‘Saya terima dengan hati terbuka’. Now? Ko dah kenapa? Stop your nonsense. Duri dalam daging amat-amat merbahaya. Get away!”, tulisnya.

No comments:

Powered by Blogger.