Header Ads

Kisah Sayu Penjual Jagung Cawan

Rezeki jagung cawan, susah senang bersama | “Saya tak malu ikut suami dan berharap pelanggan kami bertambah,” kata Nor Diyana Samsuddin, 30, isteri kepada Nazri Marzuki, 29, yang menjalankan perniagaan menghantar jagung dalam cawan yang dipesan pelanggan.

Menurutnya, bukan dia sengaja mengikut suami, namun ada pelanggan terutama wanita takut melihat suaminya menghantar jagung kepada mereka memetik Harian Metro.

Kisah Sayu Penjual Jagung Cawan
NAZRI bersama Nor Diyana dan anak menghantar pesanan jagung kepada pelanggan

“Saya mengambil pesanan dan mungkin mereka sangka saya yang menghantar hingga timbul kekeliruan.

“Disebabkan itu, saya terpaksa mengikut suami dan tidak kisah kerana susah senang kami bersama,” katanya.

Nor Diyana berkata, suaminya menggalakkan dia dan anak tunggal, Nur Dhiya Zara Faridah, yang berusia setahun tujuh bulan mengikutnya kerana bimbang meninggalkan mereka di rumah.

No comments:

Powered by Blogger.