Header Ads

Kaki Terpaksa Dipotong Akibat Tersangkut Dalam Eskalator

Kaki Tukang Cuci Tersangkut Dalam Eskalator, Terpaksa Dipotong | Kaki seorang tukang cuci terpaksa dipotong setelah terlekat di sebuah eskalator di sebuah pasaraya pada Sabtu (1 Ogos) malam.

Ketika kejadian, lelaki berusia 35 tahun itu sedang membersihkan anak-anak tangga di eskelator yang terletak di tingkat bawah tanah. Secara tiba-tiba kakinya terkapit antara anak tangga eskalator dan panel di hujung eskalator.

Kaki Terpaksa Dipotong Akibat Tersangkut Dalam Eskalator

Laporan dari Xinmin Evening News melaporkan eskalator yang dibuat oleh Shanghai Mistubishi Elevator dihentikan serta merta dan lelaki berkenaan dikejarkan ke hospital.

Namun kakinya tidak dapat diselamatkan kerana terlalu parah dan doktor terpaksa memotongnya.

Kejadian berlaku semasa pasaraya itu telah ditutup.

Kejadian ini menjadi insiden ketiga yang melibatkan tragedi eskalator di China dalam masa satu minggu, menyebabkan perasaan paranoid orang ramai dalam negara terbabit,

No comments:

Powered by Blogger.