Jutawan Muda Dota Sanggup Jual Basikal Demi Main Dota
Dulu Jual Basikal Untuk Main Dota, Kini Bergelar Jutawan Selepas Menang TI5 | Hadiah utama RM25.7 juta Kejohanan dunia Dota 2 akhirnya dimiliki oleh pasukan dari Amerika Syarikat, Evil Geniuses.
Pasukan terbabit yang turut dianggotai oleh seorang pemain berusia 16 tahun yang berasal dari Pakistan mengalahkan pasukan dari China, CDEC 3-1.
Kini kelima-lima anggota Evil Genuses; Fear, PPD, Aui, Sumai dan Universe; menjadi jutawan segera dengan RM5.1 juta seorang.
Mengisahkan sejarah dengan Dota, salah seorang anggota Evil Geniuses berasal dari Pakistan, Sumail, 16, berkata pengorbanannya menjual basikal hanya untuk bermain Dota berbaloi apabila dia kini bergelar jutawan termuda dalam sukan.
Pasukan CDEC yang berada di tempat kedua pula meraih hadiah sebanyak RM10.9 juta.
Valve berjaya mengumpul sebanyak RM70.2 juta bagi hadiah keseluruhan untuk kejohanan yang diadakan di KeyAreana Center, Seattle itu.
No comments: