Inilah 11 Perkara Membuat Pengasas IKEA Menjadi Billionaire
11 Perkara Tentang Pengasas IKEA Yang Membuatkan Dia Menjadi Billionaire | IKEA merupakan sebuah pusat membeli-belah perkakasan rumah yang besar dari Sweden. Di Malaysia ini hanya ada sebuah sahaja IKEA, iaitu di Mutiara Damansara dan dalam proses membuka cawangan kedua di Cheras.
IKEA dikenali dan disukai ramai kerana mengetengahkan rekabentuk senibina moden di dalam pelbagai perkakasan, perabot dan hiasan dalaman.
Menerusi TheVocket.com, kami kongsikan kepada anda mengenai 11 perkara yang membuatkan pengasas IKEA kaya raya.
1. Tahukah anda perkataan IKEA itu merupakan initials nama pengasas IKEA dan nama tempatnya membesar dan lahir?
I = Ingvar, nama pertama
K = Kamprad, nama keluarga
E = Elmtaryd, nama ladang keluarganya
A = Agunnaryd, nama bandar kecil di Smaland, selatan Sweden
Jika anda sedang mencari nama untuk syarikat atau jenama perniagaan, boleh cuba cara pengasas IKEA ini.
2. Logo IKEA sangat jarang diubah. Malah logo IKEA versi 1967 masih menjadi simbol bisnes IKEA hingga sekarang.
Warna logo IKEA ialah biru dan kuning. Ia merupakan warna bendera Sweden. Ini menunjukkan penerapan budaya dan rasa bangga terhadap negara Sweden di dalam IKEA.
Warna biru = kepercayaan
Warna kuning = kegembiraan, optimis dan imaginasi
3. Konsep perabot dan perkakasan IKEA berdasarkan cara hidup di Sweden.
Elemen semulajadi dan kediaman memainkan peranan penting di dalam kehidupan orang Sweden. Maka, cara menghias rumah ala Sweden menekankan kepentingan semulajadi seperti cahaya dan udara bersih tanpa ada halangan di dalam rumah.
Konsep idea IKEA juga bermula dengan kemahuan menyediakan barisan perabot dan perkakasan rumah yang mampu dimiliki oleh kebanyakan orang ramai. Maka, bagi mencapai konsep itu, IKEA menekankan kombinasi fungsi, kualiti, rekaan dan nilai di dalam minda pereka dan penggunanya.
Teringat dengan konsep Air Asia iaitu “Now Everyone Can Fly”.
4. Ingvar Kamrad tidak menyenaraikan syarikat IKEA di dalam pasaran saham kerana mahu melindungi keunikan konsep IKEA yang menjadi sebahagian daripada perkembangan syarikat.
Perkara ini disedari Ingvar Kamrad pada awal 1980an ketika kedai IKEA telah berada di 20 buah negara dan sedang berkembang. Pilihannya itu juga membuatkan dia mempunyai kebebasan mutlak dan struktur pemilikan jangka masa panjang. Dia juga percaya semua operasi syarikat di bawah jenama IKEA mestilah membina sumber sendiri sebelum mereka berkembang.
Maka, sistem francis IKEA telah diperkenalkan dan semua kedai IKEA yang ada pada hari ini beroperasi di bawah perjanjian francis kecuali IKEA Delft di Belanda yang dimiliki oleh pemilik IKEA Concept dan IKEA franchisor seluruh dunia. Kamrad turut menjalankan struktur korporat kompleks yang melibatkan sayap kebajikan dan retail dan sayap franchise.
5. Kumpulan syarikat IKEA Group di Belanda dimiliki oleh Stichting INGKA Foundation, di mana ia turut menjadi sayap kebajikan syarikat IKEA.
Dana dari Stichting INGKA Foundation hanya boleh digunakan melalui dua cara sahaja iaitu:
i. melabur semula di dalam IKEA Group dan francis, atau
ii. menderma untuk tujuan kebajikan
Dana ini juga tidak dikira sebagai kekayaan peribadi Kamrad dan keluarganya.
6. Kamrad turut menegaskan dia tidak mahu IKEA bergantung kepada institusi kewangan.
Malah, menurut Wealth-X, Kamrad tidak pernah meminjam wang atau menerbitkan saham sepanjang membesarkan IKEA dan sehingga dia melepaskan IKEA kepada pewaris dengan asas-asas itu.
Modal permulaan IKEA diperolehi daripada wang ganjaran yang diberikan oleh ayahnya kerana Kamrad yang ketika itu berusia 17 tahun telah berjaya mendapat gred markah yang baik di sekolah walaupun dia seorang dyslexia. Dengan modal itu, IKEA ditubuhkan pada 1943 dengan mula menjual alat perkakasan rumah yang kecil seperti kerangka gambar dan 5 tahun kemudian dia memperkenalkan perabot di bawah jenama IKEA.
7. Ya, Kamrad seorang dyslexia dan dia mempunyai ciri yang jarang-jarang ada di kalangan orang sepertinya.
Menurut penulis buku terlaris Malcolm Gladwell, Kamrad memiliki kombinasi ciri-ciri yang positif untuk menjadi seorang yang berjaya iaitu bersifat berhati-hati, mempunyai rasa keterbukaan, dan ada sifat bertentangan dengan rasa atau keinginan yang berbeza dengan orang lain. Inilah ciri-ciri personaliti yang membuatkan Kamrad menjadi seorang perekacipta yang berani pada awal kerjayanya.
Pengalaman dan minat bisnes sejak kecil turut membentuk diri Kamrad. Dia pernah membeli banyak mancis di Stockholm dan menjualnya semula dengan harga yang berpatutan. Keuntungan dari jualan itu dia laburkan semula dan mengembangkannya dengan menjual ikan, biji benih, hiasan pokok Christmas, pen dan pensel.
8. Kamrad seorang yang sangat berjimat-cermat.
i. Kamrad dilaporkan lebih suka untuk terbang dalam kelas ekonomi walaupun dia sebenarnya mampu membeli sebuah jet peribadi.
ii. Kamrad menginap di hotel murah ketika outstation.
iii. Kamrad pernah dihalang masuk untuk menerima Businessman Of The Year Award kerana dia datang dengan menaiki bas.
iv. Kamrad memandu kereta Volvo yang sama untuk dua dekad sehinggalah ia disahkan tidak selamat digunakan lagi.
v. Kamrad lebih suka makan di kedainya yang ada hidangan murah seperti makanan kegemarannya iaitu bebola daging Swedish.
vi. Kamrad akan mengambil beberapa paket garam dan lada sulah untuk dibawa pulang ke rumahnya.
vi. Kamrad menggunakan semula teh uncang yang telah dibancuh.
Itulah antara peristiwa yang dikaitkan dengan sifat sangat berjimat-cermat Kamrad. Dia menjadi sebegitu kerana baginya dia menganggap kemewahan itu tidak semata-mata sebagai satu kepuasan tetapi lebih menghampiri dosa. Dalam buku memoir Kamrad, Testament Of A Furniture Dealer, dia menulis:
“Kita tidak memerlukan kereta mewah, pangkat yang mengagumkan, pakaian seragam atau pelbagai simbol status. Kita bergantung kepada kekuatan kita dan kehendak kita!”
9. Walaupun billionaire, Kamrad mahu hidup seperti orang lain.
Menurut bekas penolong eksekutif Kamrad, Johan Stenebo menulis tentang Kamrad di dalam buku The Truth About Ikea (2010):
“Dia mahu muncul seperti seorang lelaki biasa, seorang daripada kita.”
Maka, disebabkan oleh itu hidup Kamrad sangat bersederhana dan merendah diri. Sifat itu membuatkan dia disukai ramai dan dikagumi.
Baca: Sebab IKEA Dan Apple Membeli Hutan
10. Kamrad: “Tiada siapa yang pernah menjadi kaya dengan membazirkan wang.”
Kamrad mempunyai tiga orang anak lelaki (Peter, Jonas dan Mathias) yang terlibat dalam menjalankan empayar bisnes keluarga ini. Mereka ditugaskan mengendalikan projek seperti hartanah, rangkaian hotel, bank dan kad kredit. Kamrad menekankan pembentukan diri anak-anaknya dengan ilmu dan pengalaman supaya mereka mampu meneruskan legasi Kamrad kelak.
11. Kemampanan IKEA berbanding pesaing-pesaingnya
Walaupun IKEA mempunyai banyak pesaing seperti Argos (Itali), Ilva (Denmark) dan lain-lain, Kamrad tahu IKEA menyediakan semua keperluan rumah dan pelanggan dapat melihatnya secara visual dengan ruang-ruang contoh hiasan dalaman berserta perabot dan perkakasan IKEA. Kini, jumlah kekayaan Ingvar Kamrad, 89 tahun dan keluarganya bernilai USD$3.4 billion.
i. IKEA mempunyai lebih 9500 produk.
ii. IKEA mempunyai studio fotografi terbesar di Northern Europe.
iii. Katalog IKEA dicetak di dalam 27 bahasa dan mempunyai lebih 100 juta salinan di seluruh dunia setiap tahun.
Katalog pertama IKEA (1951)
Katalog IKEA (2015)
iv. IKEA mempunyai ruang pameran kedai yang besar.
No comments: