Header Ads

Hujan lebat dan angin kencang yang melanda Lembah Klang bakal berterusan sehingga ahad

Fenomena cuaca luar jangka di Lembah Klang | Hujan lebat dan angin kencang yang melanda Lembah Klang setiap petang sejak Isnin lalu dijangka berterusan sehingga esok.

Jurucakap Jabatan Meteorologi berkata, keadaan itu berlaku berikutan perubahan angin dan sistem tekanan rendah di Lautan Pasifik memetik Bernama.

Hujan lebat dan angin kencang yang melanda Lembah Klang bakal berterusan sehingga ahad

Katanya, keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Keadaan yang sama diramal berlaku di bahagian utara negara bermula hujung minggu depan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Wilayah Persekutuan, Mohd Zubir Mohd Juzad berkata, pihaknya bersedia untuk menghadapi fenomena luar jangkaan itu termasuk menambah bilangan anggota.

Beliau berkata, JPAM juga akan melakukan tinjauan di beberapa kawasan yang dikenal pasti menghadapi kemungkinan akan dinaiki air.



No comments:

Powered by Blogger.