Hampir 400 Orang Terkaya Dunia Hilang USD$124 Billion Minggu Ini
400 Orang Terkaya Dunia Hilang USD$124 Billion Minggu Ini | Harga stok pasaran saham jatuh merundum pada tahap teruk sehingga menyebabkan 400 orang terkaya di dunia kehilangan $124 Billion pada hari Isnin yang lalu. Lebih kurang 24 billionaires masing-masing hilang lebih $1 billion nilai kekayaan mereka.
Antaranya ialah:
1) Wang Jianlin hilang USD$3.6 billion
2) Bill Gates hilang USD$3.2 billion
4) Jeff Bezos, Amazon CEO hilang USD$2.6 billion
5) Warren Buffett, pelabur terkenal hilang USD$2.6 billion
6) Mark Zuckerberg, pengasas bersama Facebook hilang USD$1.7 billion
Menurut data Bloomberg Billionaires Index, didapati hanya 3 orang daripada 200 orang terkaya dunia menerima penambahan nilai kekayaan ekoran harga pasaran jatuh pada Isnin lalu.
Mereka ialah: ahli perniagaan Arab Saudi Alwaleed Al Saud, pengasas Uniqlo Tadashi Yanai dan ahli perniagaan Czech Petr Kellner.
No comments: