7 Punca Rezeki Suami, Isteri dan Keluarga 'Ditarik'
7 Sebab Hilangnya Rezeki Suami, Isteri dan Keluarga | Jika anda sudah berkeluarga, pasti anda akan mengalami pelbagai masalah dan tidak persefahaman yang menjadi lumrah dalam kehidupan manusia.
Namun, apakah 7 sebab hilangnya rezeki suami, isteri dan keluarga?
Menerusi IrfanKhairi.com, kami kongsikan kepada anda 7 punca utama kenapa rezeki suami, isteri dan keluarga 'ditarik'.
1. Usah bergaduh sesama suami isteri, lagi-lagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha dengan masing-masing, di situlah rezeki akan disekat…
2. Merungut dan merasa beban pada anak-anak. Berikan kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki Allah swt. Namun ibu dan bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan rasa beban.
3. Buangkan tabiat selalu mengeluh sesama suami isteri dengan apa yang tidak dimiliki. Banyak bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sikit.
4. Jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudahkan hal yang baik sekeluarga. Perlu ada tolak ansur dan dan faham sesama pasangan.
5. Jangan meninggikan suara dan gunakan kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Buangkan cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan tanamkan layanan yang penuh mesra.
6. Sabar dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik.
7. Apabila kita putus mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari.
Dalam mengejar keuntungan atau kekayaan bila bekerja seharian, tiada gunanya sekiranya institusi keluarga di rumah tidak terbuka pada rezeki.
Rezeki itu pelbagai, bukan hanya duit yang kita usahakan sahaja, tetapi juga pada keluarga tercinta.
Namun, rezeki itu tetap perlu diusahakan.
No comments: