Header Ads

6 Perkara yang Diketahui Tentang Trigana Air TGN267

Trigana Air TGN267: 6 perkara yang diketahui setakat ini | Sebuah pesawat domestik Indonesia, Trigana Air penerbangan TGN267 dengan 54 penumpang dan krew terputus perhubungan dengan pusat kawalan trafik udara pada Ahad di timur daerah Papua.


Menerusi Astro Awani, mari kita lihat apa yang diketahui setakat ini:

6 Perkara yang Diketahui Tentang Trigana Air TGN267

1. Daripada 54 penumpang, 44 adalah orang dewasa, dua kanak-kanak, tiga bayi dan lima krew.

2. Ketika hilang ia sedang dalam perjalanan dari Sentani ke Oksibil. Masa perjalanan sepatutnya hanya mengambil 50 minit.

3. Pihak berkuasa percaya faktor cuaca yang buruk menjadi sebab mengapa pesawat itu gagal dikesan.

4. Dilaporkan hilang pada jam 2.55 petang waktu tempatan, selepas 33 minit berlepas.

5. Pesawat tersebut berusia 25 tahun dan tidak dilengkapi dengan transponder Automatic Dependent Surveillance-broadcast (ADS-B) yang dijangka akan menyukarkan operasi mengesan pesawat tersebut.

6. Operasi mengesan pesawat itu ditangguhkan ke pagi Isnin jam 6 waktu tempatan kerana hari semakin gelap.

6 Perkara yang Diketahui Tentang Trigana Air TGN267
Pesawat ATR 42 itu dipercayai tidak memiliki transponder ADS-B yang akan menyukarkan kerja-kerja mengesan. – www.trigana-air.com

No comments:

Powered by Blogger.