Kemanakah Perginya Selebriti Cantik Julia Rais? 3 SpekuIasi Ini Kekal Jadi Tanda Tanya Kepada Ramai Peminat...
Di mana gerangan menghilangnya pelakon veteran popular Yang Amat Berbahagia Cik Puan Julia Aishah Binti Abdul Rais atau lebih kenali sebagai Pelakon berwajah Pan Asian ini yang sudah tidak lagi muncul di dunia seni semenjak bertahun lamanya. Beliau sangat terkenal pada era awal 1990-an dan mula mencipta populariti pada lewat tahun 1980-an.
Pada tahun 1990 hingga 1992, beliau muncul dalam beberapa buah filem seperti watak tambahan sebagai wartawan wanita, Nina, dalam filem Hati Bukan Kristal arahan Raja Ahmad Alauddin dan juga pelakon utama dalam filem cereka komedi Driving School arahan Othman Hafsham, filem cereka cinta Mira Edora arahan Zulkifli M. Osman, Nadia arahan Rahman Adam dan yang terakhir Suci Dalam Debu arahan Zulkeflie M. Osman.
Banyak Spekulasi
Pelbagai spekulasi kedengaran sejak Julia menyepikan diri dari dunia lakonan dunia lakonan, lagi-lagi dia khabarkan sudah menjadi isteri kepada Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada tahun 1993 iaitu kini Sultan Pahang keenam. Seperti yang dicatat dalam Wikipedia, hasil perkahwinannya dengan Tengku Abdullah, beliau telah dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Puteri Illisha Amira dan Tengku Puteri Ilyana.
Namun apa yang mengh4irankan, kelibat Julia tidak kelihatan sewaktu majlis pernikahan dan persandingan puteri sulungnya Tengku Puteri Iman Afzan dengan Yang Mulia Tengku Abu Bakar Ahmad Bin Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah pada 24 Ogos 2018.
Diam tak diam, sudah 26 tahun Julia hilang daripada radar dunia hiburan dan macam-macam versi cerita tersebar, tetapi tiada siapa yang dapat mengesahkannya. Berikut beberapa andaian atau rum0r yang menjawab tentang kehilangan Julia Rais yang kami cuba rangkumkan.
Berhijrah ke London
Ada rumor mengatakan, selepas berkahwin dengan Tengku Abdullah, Julia terus menetap bersama suaminya di England dengan 3 orang cahaya mata hasil perkahwinan mereka. Malah ke semua putera baginda bersekolah di United Kingdom termasuk ketiga-tiga puteri Julia.
Pilih Tinggal Bersama Ibu Kandung
Ada khabar angin mendakwa Julia sudah berpisah dengan suaminya dan memilih untuk tinggal bersama-sama ibunya yang merupakan seorang warga Britain di United Kingdom. Sebenarnya ketika dia tinggal di Malaysia, Julia menetap di Damansara Jaya bersama bapa dan ibu tirinya. Namun tiada siapa yang dapat mengesahkannya kesahihan berita ini.
Dikawal Ketat
Ada sumber mengatakan, kehidupan Julia Rais dikawal ketat selepas menjadi sebahagian kerabat diraja. Serba-serbinya mengikut adat istiadat diraja. Tiada sesuatu pun boleh dilakukan sesuka hati dan kebebasan terkawal. Jadi ramai yang percaya bahawa ini antara satu sebab mengapa Julia terus menyepikan diri dari dunia lakonan
Semua yang diperkatakan terus tinggal menjadi tanda-tanya. Masih lagi tiada jawapan ke manakah hilangnya pelakon yang menjadi pujaan ramai orang pada suatu ketika dahulu. Teringin nak lihat wajahnya yang terkini!
Sumber : VideoViral
No comments: