Walaupun sarat lapan bulan kandungannya, Anzalna Nasir tetap gigih masak untuk juadah sahur
Nampaknya berbeza pula pengalaman Anzalna Nasir yang masih aktif menunaikan ibadah berpuasa biarpun sudah sarat mengandung lapan bulan. Jelas Anzalna, kalau diikutkan beliau mahu berpuasa penuh.
“Alhamdulillah, saya masih aktif dan menunaikan ibadat puasa walaupun sarat mengandung lapan bulan. Namun, saya berpuasa ikut kemampuan diri dan mendapat nasihat doktor. Sebab itu saya berpuasa ikut kemampuan diri”
“Maklumlah, usia kandungan sudah lapan bulan, setiap yang dilakukan perlu mendapat nasihat doktor dulu. Saya juga tak boleh nak cakap apa kerana ada harinya badan berasa lemah dan tidak mampu meneruskan puasa”
Dalam keadaan sarat itu juga, Anzalna tidak melupakan kewajipan memasak sahur setiap hari untuk suaminya. Dalam masa sama, Anzalna turut bersyukur mempunyai suami yang tidak cerewet dalam makanan yang dimasak.
“Saya wajib masak sahur untuk suami sejak awal perkahwinan lagi. Saya bertuah suami tidak cerewet. Suami memang perlu makan sahur untuk memastikan dia bertenaga sepanjang berpuasa pada Ramadan,” kongsinya.
Bertuah badan seperti Anzalna, sudahlah cantik berseri ketika hamil malah kuat semangat pula meneruskan ibadah berpuasa. Semoga segala urusan Anzalna melahirkan bayi sulung nanti dipermudahkan. (rtky/w)
sumber : rotikaya.com
No comments: