“Tiada Lelaki Yang Sudi Berkenalan Dengan Saya” - Rita Rudaini
Hampir enam tahun bergelar ibu tunggal, ramai wanita mengagumi semangat Rita Rudaini dalam membesarkan dua cahaya matanya. Sememangnya bukan mudah untuk menjadi ibu dan ayah dalam masa yang sama.
Pasti ramai yang tertanya-tanya tidakkah Rita teringin untuk mencari pasangan hidup selepas enam tahun hidup solo. Bagaimanapun, Rita berkata buat masa ini dia tidak berkenalan dengan mana-mana lelaki dan belum terbuka lagi hati untuk mendirikan rumah tangga lagi.
“Saya sangat selesa dengan kehidupan sekarang, saya bahagia dengan diri saya dan juga anak-anak.
“Bercakap soal berkahwin kali kedua, saya memang tak nak dan tiada juga yang mencari saya atau berusaha mengenali saya.
“Saya sentiasa sibuk menumpukan perhatian menguruskan anak-anak dan kerjaya dan masih tidak terbuka pintu hati untuk mendirikan rumah tangga kali kedua,” katanya kepada Astro Gempak.
Mungkin Rita belum cukup bersedia untuk berkahwin lagi selepas dua gali gagal dalam perkahwinan. Untuk rekod, Rita Rita dan Aidil Zafuan berkahwin pada 2008, kemudian bercerai pada 2013.
SUMBER ASTRO GEMPAK via rotikaya.com
No comments: