Header Ads

"Semua Tahu Aliff Macam Mana, Jangan Salahkan Saya" - Janda Anak Seorang



Akibat penularan gambar-gambar panas dengan Aliff Aziz, gadis bernama Meri Meifina tampil mempertahankan diri. Jelas Meri, gambar terbabit adalah gambar lama ketika mereka di kelab malam dan tak perlu diperbesarkan.

“Terima kasih kerana viralkan gambar saya dengan Aliff. Tapi itu gambar lama saya dengan dia, kenapa nak kena naik sekarang? Ya telefon saya baru-baru ini hilang dekat kelab malam sebelum puasa”



“Saya tak pasti mereka ambil gambar atau apa dan baru sekarang nak viral. Good job Malaysia, tapi macam basi sahaja. Saya dengan Aliff tak pernah ada apa-apa hubungan. Jadi tak perlu komen macam-macam seolah anda itu ahli syurga”



Wanita yang bergelar janda anak satu itu turut menempelak netizen yang menuduhnya menjadi perosak rumah tangga orang. Katanya, jika tidak mahu suami lari, wanita haruslah bersiap ‘wangi’ agar tidak dirampas.

“Setakat Aliff itu tak ada apa, saya tak batak viral. Terutama orang Penang jangan komen lebih-lebih. Kalau anda bagus sangat, lebih baik duduk masjid saja. Tak perlu kritik orang. Inilah typical Melayu, otak cetek”



“Semua orang tahu Aliff tu macam mana jangan nak salahkan perempuan saja. Kalau kamu tak mahu laki kamu kena rampas dengan orang, kena wangi sikit, baru laki tak lari,” katanya ketika live di Facebook.

Terdahulu beberapa gambar mereka yang sedang berhibur dan seakan mabuk di kelab malam mula tular. Malah beberapa gambar yang tersebar juga, Aliff kelihatan mesra bercium dengan wanita itu. (rtky/w)

SUMBER  M STAR ONLINE via rotikaya.com

No comments:

Powered by Blogger.