Header Ads

Pengasas Dnars menghembuskan nafas terakhirnya selepas terbabit kemaalangan, dalam perjalanan sampaikan sumbangan di tahfiz Pattani



USAHAWAN kosmetik, Faziani Rohban Ahmad meninnggal dunia selepas terbabit dalam kemalaaangan di Pattani, Thailand pada pagi Sabtu.

Rakan baik Faziani, Natasha Maria Akhmad berkata, kejadian berlaku membabitkan sebuah lori dan kereta yang dinaiki pengasas produk kesihatan dan kecantikan Dnars itu.

“Kemalaaangan berlaku semasa Faziani dalam perjalanan ke rumah anak-anak tahfiz bagi memberikan sumbangan. Beliau meniiinggal dunia di tempat kejadian.

“Suami Faziani, Ahmad Shah Rizal Ibrahim turut terlibat dalam kemaaalangan tetapi hanya mengalami kecedeeeraan dan beliau yang memaklumkan kepada saya mengenai berita sedih ini,” katanya kepada mStar.


Natasha yang mengenali Faziani lebih 12 tahun dimaklumkan kejadian berlaku kira-kira pukul 11 pagi Sabtu waktu Malaysia.

"Suami Faziani dibawa ke Hospital Pattani dan urusan untuk membawa pulang jeenazah ke Malaysia sedang dijalankan," katanya dengan nada sebak.

Faziani yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan juga merupakan penaja utama Anugerah Pilihan Online (APO) yang dianjurkan mStar pada 2016.

Berita tersebut turut disahkan oleh anak Allahyarham Faziani, Iqbar Hakim menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya pada tengah hari Sabtu.



"Saya baru saja selepas kehilangan bonda kesayangan saya disebabkan keeemalangan.

"Kepada semua, sedekahkan Al-Fatihah kepada mami, Faziani Rohban Ahmad, semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman," katanya.


Sumber : mStar Online

No comments:

Powered by Blogger.