Mengaku Tidak Berniat Untuk Ceraikan Isteri, Mahkamah Sahkan Talak PU Abu Tidak Sah
Kemelut rumahtangga PU Abu Sufyan dan isteri, Ain Afini akhirnya menemui titik nokhtah apabila Mahkamah Rendah Syariah Klang hari ini memutuskan lafaz talak yang dibuat PU Abu menerusi Whatsapp tidak sah.
Saya mengakui kesilapan diri dan memohon maaf atas perbuatan saya terhadap isteri selama ini. Saya masih sayangkan isteri dan ingin hidup bersamanya. Saya juga bertanggungjawab ke atas anak yang dikandungnya. Sejujurnya saya tidaklah berniat secara total untuk melepaskannya melainkan permintaan isteri.
Saya masih sayangkan dia, saya masih mahu bersamanya dan tanggungjawab terhadap anak yang berada dalam perut isteri. Saya mengakui kesilapan kerana meninggalkan isteri. Saya mohon maaf kepada isteri, keluarga isteri. Saya tidak pernah berniat.
Keputusan itu dibuat oleh pihak mahkamah selepas PU Abu bersumpah dan mengaku tidak berniat untuk menceraikan isterinya menerusi kiriman pesanan aplikasi Whatsapp pada 13 Mac yang lalu.
“Sejujurnya saya tidaklah berniat secara total untuk melepaskannya melainkan permintaan isteri. Saya masih sayangkan dia, saya masih mahu bersamanya. Tanggungjawab terhadap anak yang berada dalam perut isteri”
“Saya mengakui kesilapan kerana meninggalkan isteri. Saya mohon maaf kepada isteri, keluarga isteri. Saya tidak pernah berniat,” jelasnya kepada Sinar Harian mengenai keputusannya menceraikan isteri.
Sejurus mendengar keputusan mahkamah, Aini menangis teresak-esak sehingga terpaksa ditenangkan oleh kedua ibu bapanya. Manakala PU Abu pula meninggalkan mahkamah berasingan.
Terdahulu PU Abu menceraikan isterinya yang kini sarat hamil dan difahamkan penceraian itu berlaku kerana memilih untuk bernikah dengan seorang wanita bergelar janda bernama Hana Azraa. (rtky/w)
SUMBER SINAR HARIAN via rotikaya.com
No comments: