Luahan Kerinduan Wanita Ini Kepada Arwah Suaminya Buat Netizen Sebak...Sedihnya...
Walaupun sudah genap setahun pemergian suami, wanita ini masih tidak mampu melupakan saat suami menghembuskan nafas terakhir di depan mata.
‘Dia pergi selepas 11 hari kami menikah..’
1 Mei 2018- 1 Mei 2019
Siapa sangka dia pergi dulu sebelum aku. Siapa sangka dia pergi tinggalkan aku selepas 11 hari kami menikah. Disaat kami sedang bahagia baru menjadi suami isteri yang sah, dia pergi mengadap ilahi. Pergi dan takkan kembali.
Terasa gelap dunia aku bila buka mata yang dia dah tak ada, aku harap yang ini satu mimpi. Tapi tidak, ini lah realiti yang dia dah tiada.
Maafkan sayang, tak dapat temankan b masa itu, sebab sayang memang tak boleh bergerak, sayang hanya mampu tengok b dari jauh je. Sayang harap yang b bangun masa itu. Tapi, Allah lebih sayangkan b.
Lepas kejadian itu, bagaikan mimpi nge-ri yang terjadi dalam hidup aku. Tidur aku tak pernah lena, bila pejam mata aku nampak dia dan arwah kawan-kawan aku. Aku nampak kejadian tu. Dia pergi depan mata aku, macam mana aku nak lupakan semua tu? Macam mana aku nak lupakan perkara yang paling menyakitkan dalam hidup aku.
Sejak haritu hari-hari aku langsung tak bermakna, buat apa aku teruskan hidup tanpa orang yang aku sayang. Aku selalu fikir kenapa Allah tak ambil aku sekali? Kenapa? Kenapa dia tinggalkan sorang-sorang kat sini. Dia janji dia takkan tinggalkan aku. Setiap hari aku fikir macam mana aku nak teruskan hidup tanpa dia? Aku jatuh, aku merana..sakit yang tak akan dapat aku ungkapkan dengan kata-kata.
‘Orang ingat, aku tak tahu dia dah tak ada’
Rindu..
Aku rindukan dia sampai rasa macam nak mati. Setiap hari aku doa Allah temukan aku dengan dia walau hanya dalam mimpi, sekejap pun jadilah. Alhamdulilah, Allah makbulkan doa aku. Walau hanya dalam mimpi, aku bersyukur. Sampai rasa tak nak bangun dari tidur supaya dapat tengok dia lama-lama..
Dia selalu pesan bila dia dah tak ada nanti, jangan meratap, tak baik meratap dekat orang yang dah tak ada. Yes, i do it. Sampaikan masa aku tahu dia dah tak ada, setitik air mata aku tak ada keluar. Orang semua ingat aku tak tahu yang dia dah tak ada, tapi padahal aku nampak semua itu depan mata, tapi disebabkan aku ingat pesan dia. Aku tahan. Aku menangis dalam hati. Sakitnya masa itu cuma Allah yang tahu. Tapi aku manusia biasa, sedangkan Nabi Muhammad pun nangis anak dia meninggal. Lagi kan aku?
Aku tak mampu lagi tahan air mata aku. Sakit yang terlalu sa--kit.
Aku belajar redha dengan semua takdir ini. Aku belajar terima hakikat yang dia dah tiada. Dia dah kat tempat yang lebih baik. Setiap hari aku cakap dekat diri aku, aku kena redha, ini takdir jalan hidup aku. Allah dah susun baik-baik setiap cerita hambanya. Allah sayangkan dia lebih dari aku mencintai dia. Aku tahu apa kita miliki semuanya milik Allah swt. Aku berharap Allah jagakan dia untuk aku dengan baik.
Permintaan terakhir
Sepatutnya aku kahwin bulan 12/2018 tapi dia minta awalkan sebelum Raya. Aku pelik tapi aku turutkan juga, tak sangka rupanya dia dah nak pergi. Aku lah orang paling yang excited nanti dapat sambut puasa dan raya sama-sama as husband and wife, tapi sayang semua itu tak sempat. Dia dah pergi tinggalkan aku.
Dia memang suami yang baik, walaupun hanya untuk 11 hari. Aku bersyukur.Dia selalu cakap aku lah yang pertama dan terakhir dalam hidup dia. Dia memag buktikan aku lah yang terakhir dalam hidup dia. Seorang anak yang tak akn lupa ibu, dia lah.. aku sempat teman dia beli cincin untuk hadiah birthday mak dia, tapi beli awal. Sebab dia cakap nanti masa birthday mak dia tak ada. Aku tak pernah sangka yang dia betul-betul tak ada. Sampai sekarang aku rasa ini semua mimpi and dia masih ada.
Aku percaya setiap apa yang jadi pasti ada hikmah disebaliknya, Allah tak akan uji kita lebih dari kemampuan kita. Aku selalu doa Allah bagi aku kekuatan untuk aku tempuh ujian yang akan datang.
Sekarang, aku sedang bangun untuk cari sisa-sisa kekuatan yang dia dah bawa pergi sekali. Dulu aku kuat sebab aku ada dia. Sekarang aku kuat sebab aku ada Allah.
‘Genap setahun pemergian awak’
Suamiku,
Semoga tenang disana. Harini genap setahun pemergian awak. Saya rasa mcm baru semalam awak pergi tinggalkan saya. Ye, saya rindut sangat kat awak. Awk tahu kan macam mana saya sayangkan awak? Macam itulah saya rasa sekarag. Perasaan itu tak akan pernah berubah. Saya selalu berdoa supaya Allah satukan kita semua disana nanti.
Setiap yang hidup pasti akan mati. Lambat atau cepat, kita semua pasti akan balik padaNya. Tunggu sayang ye b. Sayang akan menyusul nanti. Rindu dan sayang dekat b tak akan pernah hilang. Biarlah saya simpan semua kenangan kita dalam hati yang paling dalam. Doakan saya kuat untuk tempuh hari-hari akan datang.
Tenanglah..Syurga tempatmu.
AL-FATIHAH Suamiku…
Muhammad Safuan Bin Sazali.
AL-FATIHAH untuk sahabatku,
Muhammad Aseel Habel Bin Akhbar
Mohamad Ridzuan Bin Mohamad.
Sumber: Nur Shira via ohbulan.com
No comments: