Kerana Terlalu rindukan arwah isteri, suami ziarah dan bersihkan kubur setiap hari
TIADA suami yang tidak sayangkan isteri. Pemergian isteri yang banyak berkorban selama ini sudah pasti membuatkan si suami berasa sedih dan sunyi.
Namun, siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Ilahi.
Begitulah yang dapat digambarkan tentang seorang lelaki warga emas ini. Dek kerana terlalu rindukan arwah isteri, dia sanggup menziarahi dan membersih kubur arwah setiap hari tanpa rasa jemu.
Perkongsian itu telah dimuat naik sendiri oleh anaknya yang dikenali sebagai Atam Ayue di laman Facebook.
Menerusi posting tersebut, Atam Ayue juga mendoakan agar bapanya dirahmati oleh Allah dan sentiasa berada di bawah lindungan-Nya.
Entri tersebut mendapat perhatian ramai hingga meraih lebih 500 tanda suka dan 129 perkongsian oleh pelayar Facebook.
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum selain mendoakan kesejahteraan buat bapanya.
Artikel dari kulihatlangitbiru.com
No comments: