Header Ads

"Ini Fasa Paling Getir Pernah Saya Hadapi Dalam Hidup Saya" – Aliff Aziz




Bukan kali pertama dihimpit kontroversi berlaku curang, rata-rata netizen geram dengan sikap Aliff yang seakan tidak pernah menyesal dengan kesilapannya sebelum ini dan terus menyakiti dan mempermaikan hati isterinya, Bella Astillah.


Terbaru, Aliff akhirnya tampil memberi respon berkenaan isu tersebut. Aliff mengakui sekarang adalah fasa paling getir dalam hidupnya.



Aliff minta jasa baik ye. Aliff tak nak bercakap dengan sesiapa buat masa sekarang. Ini fasa paling getir dalam hidup saya tapi Insya-Allah.

Bagaimanapun, Aliff enggan lagi memberikan komen lanjut dan meminta ruang untuk tidak lagi membicarakan soal kontroversinya itu kerana dia baru sahaja menjalani pembedahan.



Maaf, sekarang Aliff baru habis pembedahan dan tidak ada apa nak borak buat masa sekarang.

Baru-baru ini, Bella menerusi satu kenyataan di akaun Instagramnya mengakui kemelut rumah tangga beliau dan Aliff memberikan kesan yang begitu mendalam terhadap dirinya. Bella berkata beliau sudah membuat keputusan untuk meneruskan kehidupannya tanpa Aliff.

Sumber Berita : Utusan Online via beautifulnara.com

No comments:

Powered by Blogger.