Hancur luluh hati isteri apabila suaminya tergamak mohon untuk poligami kerana masih belum mampu berikan zuriat setelah 15 tahun berkahwin...
Kerana terlalu mengikutkam naffsu lelaki, Seorang lelaki telah buat keputusan berpoligami dengan alasan isteri tidak dapat memberikan zuriat setelah 15 tahun perkahwinannya dna telah membuat pengetahuaan di mahkamah.
Namun setelah kawin isteri tua mnegandung dan sesuatu telah terjadi pada isteri pertama. Sehingga kini status Wan Nurul Hani telah mendapat 5400likes, 937komen dan 4200 shares.
Baca ceritnya di bawah.
“Bagilah saya poligami sbb dah 15 tahun awak tak mampu bagi saya anak”. Itulah yang diluahkan si suami.Si suami datang ke mahkamah untuk memohon kebenaran poligami. Reason? Isteri xmampu bagi zuriat selepas 15 tahun perkahwinan.
Mana la tidak hancur hati si isteri bila si suami beralasan sedemikian. Sedangkan selama ni doktor dah sahkan 2 2 tiada masalah kesihatan. Si isteri pernah memberi cadangan kepada si suami untuk mengambil anak angkat. Namun ditolak mentah2 oleh si suami. Siap berjanji bulan bintang bagai cukuplah si isteri ada dengannya dan dia tidak kisah soal anak dan tidak akan berpaling lain.
Itulah orang cakap. Jangan di sangka panas sampai ke petang. Atas permohonan suami nak berpoligami itu, maka redha lah si isteri. Si suami siap berjanji akan adil dengan kedua-dua isteri. Siap berjanji kasih sayang kepada isteri pertama tidak akan pernah berkurangan.
Si suami pun berkahwin dengan isteri baru. Yang lagi muda dari isteri pertama. Dan yakin isteri muda mampu berikan zuriat kepada dia. Ditatang isteri muda bagai minyak yang penuh. Isteri pertama sudah mula diabaikan. Banyak lebihkan isteri kedua.
Takdir dan kuasa allah tiada siapa pun mampu menolak. Baru beberapa bulan perkahwinan baru si suami dengan isteri kedua, isteri pertama disahkan mengandung terlebih dahulu sebelum isteri kedua. Tapi aneh. Si suami langsung tidak amik endah isteri pertama yang tengah mengandungkan zuriat dia.
Sedangkan itulah zuriat yang ditunggu selama 15 tahun berkahwin. Sedangkan itu la alasan terbesar si suami buat untuk berpoligami dahulu. Diabaikan isteri pertama yang tengah alahan teruk. Janji hanya tinggal janji.
Kesudahannya, si suami ceraikan isteri pertama yang sarat mengandung itu tanpa ada lagi rasa kasih sayang dan belas ehsan. Tegarnya kau wahai lelaki.
Allah anugerahkan kepada si isteri seorang anak lelaki sebagai ganti si suami. Semoga anak ini akan menjadikan ibunya sebaik-baik wanita yang perlu dihargai. Tuan hakim selalu berpesan kepada lelaki2 yang datang untuk memohon kebenaran berpoligami:
“Walaupun poligami itu suatu sunnah, tetapi tanggungjawabnya sangat besar dan berat. Jadikan poligami itu makin dekatkan diri kita kepada allah. Bukan makin menjauhkan diri kita dan buat kita lalai.
Di padang masyar nanti, akan ada satu golongan yang berjalan dengan tempang. Senget sebelah. Siapakah golongan itu? Itulah lelaki yang berpoligami tetapi tidak adil dan tidak bertangunggjawab. Menganiaya isteri2 dan anak2”. Sumber : Laman Muka Buku milik Wan Nurul Hani
Terima kasih kepada Wan Nurul Hani kerana berkongsi pengalaman ini di laman mukabuku anda. Semoga kisah benar ini menjadi pengajaran kepada semua pasangan di luar sana. Apa kata anda. Silakan share jika cerita ini bermanfaat.
Kredit kisah rakyat
No comments: