Header Ads

(4 Gambar "Kalau meluat sangat tengok kami terlajak romantik, Lain kali janganlah tengok" - Mawar Rashid



Sering berkongsi kebahagiaan bersama suami tersayang di laman sosial, nampaknya ada sesetengah netizen tidak senang dengan tindakan Mawar Rashid itu kerana menganggap terlalu ‘tayang’ kebahagiaan.




“Sebenarnya kalau ikutkan kita buat apa pun mesti ada sahaja netizen beri respon negatif dan positif. Tapi yang negatif saya tak nak layan. Apa yang saya muat naik tu adalah diri saya dan saya kongsi pun menerusi Instagram saya sendiri”

Tidak terus melatah, Mawar menasihati para netizen jika ‘meluat’ dengan kebahagiaan yang dipamerkannya bersama suami dan keluarga, tidak perlu mengikutinya atau melihatnya di Instagram.

“Apa yang membuatkan saya gembira dan bahagia, saya akan kongsi di IG sebab itu diari saya. Kepada yang komen positif itu saya sangat hargai. Tapi yang negatif dan kata meluat tu, lebih baik jangan tengok,” katanya.

 

Dalam masa sama, Mawar turut menyifatkan laman Instagramnya sebagai diari buat dirinya dan keluarga jadi segala apa yang berlaku didalam kehidupan sehariannya akan dikongsikan kepada peminat. (rtky/w)

No comments:

Powered by Blogger.