Si Kecil Kerap Menangis Dan Kembung Perut? Ustaz Mujahidin Al Banjari Ajarkan Cara Ikhtiar Guna Air Campur Garam Sahaja
Bayi memang suka menangis. Hal ini kerana bayi masih kecil masih belum boleh bercakap. Dengan cara menangis ia dapat menarik perhatian ibu bapa untuk memahami kehendak mereka. Kadang-kala ibu bapa sudah cuba untuk memahami apa yang dikehendaki oleh si bayi,tetapi masih tidak berhenti menangis. Susu sudah diberikan,lampin sudah di tukar,kipas sudah dipasangkan jika waktu itu panas, namun tetap menangis.
Bila menangis tak berhenti-henti ni ibu bapa mula lah risau. Lagi-lagi kalau sepanjang malam menangis, mahu rabak juga mata sebab berjaga menahan ngantuk. Tetapi jangan risau, boleh ikhtiar dengan cara yang dikongsikan oleh Ustaz Mujahidin Al Banjari, Pusat Perubatan Islam Al Mujahidin. Semoga bermanfaat.
“RAMAI BERTANYA SAYA BALIK MACAM MANA CARA MUDAH AYAT UNTUK PENAWAR BABY NANGIS MALAM, BABY KEMBUNG PERUT, SUSAH TIDUR MALAM, KERAP MIMPI TIDAK ELOK, KERAP GELISAH TANPA SEBAB, KERAP SAK--IT KEPALA.. BOLEH AMALKAN CARA DI BAWAH.”
Ikhtiarkan Petua Elak Anak Menangis Malam
Cara ini jika diamalkan juga dapat mengelakkan gangguan makhluk halus. Ambil Air suam segelas kemudian ambil secubit garam letakkan di dalam air suam tersebut. Baca Al Fatihah – 1x. Selawat Syifa – 3x. Al ikhlas – 3x. Kemudian baca “Laa Haula Walaa Quwwata illa Billaah”Selesai baca di atas lalu minum air tersebut.
Panduan Tambahan
Jika baby demam berbalik-balik dan nangis malam, selesai baca di atas sapukan air suam tersebut di seluruh badan. Terutama sapu di muka baby dan belakang baby. Izin Allah inshaaAllah baby anda akan berhenti tangisannya. Jika demam izin Allah akan kebah demam nya.
Manakala jika kita ada gangguan dalam badan, sebaik selesai minum air tersebut, jika gangguan ada dalam badan, kita akan sedawa selepas minum, kita akan rasa loya nak muntah,p erut kembung tak selesa, tengkuk belakang belikat rasa lenguh dan berat.
Seandainya diamalkan berterusan setiap hari buat dengan yakin, inshaAllah izin Allah gangguan di dalam badan kita akan sembuh. Jika tak sembuh cari lah perawat Islam berhampiran anda inshaaAllah mereka akan membantu anda.. Ibu yang sedang hamil elok amalkan juga minum setiap kali sebelum tidur. Moga cara mudah ini bermanfaat untuk kalian semua ishaaAllah Aamiin
Sumber : Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin via http://bloggerindo.science
No comments: