Header Ads

Kulit Ayam Sebenarnya Sangat Bagus Untuk Manfaat Kesihatan Anda



Pakar kesihatan dari Universiti Harvard menyarankan bahawa anda tidak perlu lagi membuang kulit ayam sebelum memasak. Mereka megatakan bahawa penggunaan kulit ayam tidak membahayakan kesihatan. Selain itu, kulit ayam memberi pelbagai manfaat kesihatan.

Ya, anda tidak perlu rasa bersalah untuk memakan kulit ayam.


Kulit ayam bagus untuk jantung

Bercakap tentang lemak, memang kita akan fikirkan sesuatu yang negatif. Sebenarnya, lemak yang perlu kita elak ialah trans lemak; banyak didapati dalam makanan yang diproses. Trans lemak boleh membuatkan arteri tersumbat dan menyebabkan berlaku masalah kesihatan seperti darah tinggi.


Manakala lemak pada kulit ayam ialah lemak tak tepu (unsaturated fat). Ia mengandungi asid lemak omega 6 yang baik untuk anda.



Kulit ayam lebih menambah rasa pada ayam

Rahsia mmemasak ayam menjadi lazat ialah tidak membuang kulitnya. Ia bukan sahaja menambahkan rasa pada ayam, malah membuatkan ayam lembap (juicy). Sebab itulah ayam digaul dengan bahan perasa sebelum memasak.

Tidak perlu menambah banyak garam pada ayam yang tidak dibuang kulit kerana ia meresap dari kulit ayam ke isinya. Jika buang kulit ayam, anda perlu memberi perasa lebih.

Ayam tidak akan menyerap banyak minyak



Anda tidak perlu risau menggoreng ayam dalam minyak yang banyak kerana ayam (bersama kulit) tidak akan menyerap minyak. Ia disebabkan kulit bertindak seperti kerak dan mengekalkan kelembapan daging ayam.

Jadi, set dalam minda anda, kulit ayam bukanlah musuh kepada kegemukan. Bagaimanapun, perlu ingat bahawa kulit ayam mengandungi lebih banyak asid lemak omega 6 berbanding omega 3.

Apabila anda makan dalam jumlah yang berlebihan, sudah pastilah lemak berlebihan akan menyebabkan berlakunya risiko masalah kesihatan.

Sumbe: Healthy Food House via makanlena.com

No comments:

Powered by Blogger.