‘Janganlah Sesekali Kita Bina Mahligai Bahagia Atas Air Mata Isteri’ – Ustaz Ebit Lew
Kecoh di lama sosial apabila Pencetus Ummah Muhammad Abu Sufiyan dikatakan menceraikan isterinya ketika si isteri sarat mengandung 7 bulan untuk menikahi seorang janda.
Pendakwah terkemuka Ustaz Ebit Lew mengulas mengenai tindakan menceraikan isteri ketika sedang hamil sebagai sesuatu yang membuatkan dia sedih dan kecewa.
Cuba bayangkan kita diuji mak ayah cerai
Sedih pilu menangis sangat bila terbaca kisah sesiapa ceraikan isteri sedang mengandung untuk berkahwin lain. Cuba bayangkan kita diuji mak ayah kita bercerai kini. Apa perasaan kita. Jika kita dah tua ini rasa begitu. Bagaimana satu hari nanti anak yang tak tahu apa-apa itu nak faham. Hadiah paling mahal ibubapa kepada anaknya ialah didikan agama dan contoh kasih sayang keduanya. Saya berdoa Allah selamatkan rumahtangga ini semua rumahtangga kita semua. Janganlah bina mahligai bahagia atas tangisan air mata isteri yang kita nikahi dan cintai serta tangisan anak-anak. Selalu dakwah anak muda di jalanan dan wajah anak sedih di sekolah-sekolah. Maaf sangat, selalu bila saya jumpa dari keluarga yang bercerai berai. Buat yang telah diuji teruskanlah kuat yer. Kita ada Allah. Jadikanlah musibah itu buat kita dekat dengan Allah.
Semoga Allah selamatkan kita semua dari hati yang mati. Hidupkan jiwa kami semua dengan takwa. Doakan yang baik jer untuk semua.
Satu jer nak cakap untuk ingatan diri sendiri dan semua. Isteri ini amanah Allah. Untuk kita pimpin dan bimbing masuk syurga. Bukan kita suka kita jaga. Tak suka ceraikan. Lainlah beliau ada lelaki lain. Kita mulia dan manusia sebaik-baik kejadian kita sayang kerana Allah walau banyak kekurangan kita tampung dan bina sama-sama untuk redha Allah. Lihat isteri kenangkanlah ibu kita, kenangkan anak perempuan kita, kenangkanlah..
Bahagia itu bila kita yang memberi
Saya ingat seorang kawan saya baru kahwin jumpa ustaz. Ustaz, isteri saya baik, rajin, solehah, semua kerja rumah dia buat, senyum jer, sempurna, bestkan ustaz?
Ustaz jawab secara berfikir. Isteri kamu ahli syurga insyaAllah,tapi kamu belum lagi. Kamu mungkin masuk neraka..
Kenapa pula ustaz. Dah semua isteri kamu buat. Kamu buat apa? Dah kahwin terus nak jadi raja. Muda-muda dah malas.
Bahagia itu bila kita yang memberi. Bukan tuntut hak dari pasangan dalam kata lain saling bantu-membantu dan bertolak ansur.
Pernah ada seorang suami jumpa saya. Dia nak ceraikan isterinya. Dalam perjalanan nak bercerai. Masing-masing tak nampak baik satu sama lain. Allah sayang dia uji kita. Carilah niat awal kita kahwin. Kita kahwin nak dapat redha Allah. Bimbing dan pimpin masuk syurga. Kahwin bukan untuk dapat apa yang kita nak tapi tunaikan apa yang Allah nak nikah itu amanah Allah.
Tapi ustaz, isteri saya degil. Malas. Tak pernah nak ambil hati saya. Tak layan saya. Selalu tolak saya dia senaraikan buruk isteri dia.
Abang kan ketua keluarga. Ada bawa isteri belajar agama? Ada buat Taklim rumah? Ada solat tahajud sama-sama? Ada doakan isteri setiap malam? Ada baca Al-Quran sama-sama? Ada mengorat pujuk dia dekat dengan Allah wah abang, dulu cantik lawa menawan sexy semualah. Eh, tiba-tiba hari ni baru sedar segala kekurangan pasangan. Kurang saya di mana? Dah lama-lama baru cakap tipu jer semua tu? Doa pada Allah, dan tanya diri kita sebenarnya apa kita nak dalam hidup kita? Cubalah tanya?
Semua takde ustaz sekurang-kurang abang dah buat semua tu jika masih tak berubah barulah fikir yang lain-lain. Ini tak pernah bawa berada di jalan Allah pun lagi..
Baik ustaz..
Lelaki tak boleh jadi macam wanita menangis tak tentu pasal
Dia bawa isteri datang keluargasunnah. Sehari dalam keluargasunnah. Lepas tu bawa isteri 3 hari belajar iman. Mula buat taklim rumah. Mula makan dalam dulang berjemaah. Mula sama-sama dekat diri pada Allah. Didik isteri anak solat bagi masa untuk keluarga.
Jumpa saya semula kata,ustaz hidup kami dah bahagia. Baru saya rasa kahwin setelah sekian lama. Kalau tahu dari mula kahwin ajak belajar agama. Belajar iman. Dekat pada Allah. Makan suap-suap. Kerana sunnah semua ajaib. Ajaibkan ustaz.
Wanita ini boleh jadi paling lembut dan menyejukkan membahagiakan. Wanita juga boleh jadi paling keras dan teramat menyakitkan.
Suami tak boleh ler jadi macam wanita juga nak menangis dan menjerit tak tentu pasal. Mereka melengkapkan kita. Sebab tu kita lelaki. Sebab tu kita lelaki. Dalam AlQuran kata ‘ArRijal’ Ar Rijal. Ar Rijal. Allah puji ‘lelaki’. Tugas kita bertenang dan pimpin isteri kita kerana Allah sampai syurga. Selamatkan diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka. Memang lelaki dijadikan ketua maksudnya memimpin. Wanita ialah tunjang utama keluarga. Dakwah dengan kasih sayang dan kelembutan pujuk rayu. Malam menangis di depan Allah. Al-Quran puji pengorbanan wanita dan Islam sangat menjaga hak wanita. Setiap lelaki dilahirkan dari perut seorang ibu.
Pohon doakan Oktober nanti saya akan pusing semua negeri buat program keluargasunnah untuk yang bujang dan yang dah lama kahwin. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah-ebitlew
Sumber: Ebit Lew via ohbulan.com
No comments: