Header Ads

“Saya Ada Tanya Mengapa Dia Menangis, Tapi Dia Hanya Menjawab Tak Ada Apa-Apa” – Guru Wanita hadapi tekanan perasaan ini dikhuatiri hilang secara tiba-tiba



“Saya Ada Tanya Mengapa Dia Menangis, Tapi Dia Hanya Menjawab Tak Ada Apa-Apa” – Guru hadapi tekanan dikhuatiri hilang. Seorang guru dikhuatiri hilang apabila tidak hadir ke sekolah tempatnya mengajar di sini, sejak dua hari lalu.

Nur Farhana Ibrahim, 27 merupakan guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Genting di sini disahkan mengalami simptom tekanan serius (reactive depression with marked anxiety symptoms) sejak beberapa tahun lalu.

Mengalami Tekanan



Dia dipercayai mengalami tekanan apabila perlu berulang alik dari Alor Setar ke sekolahnya di sini setiap hari. Menurut suaminya, Muhammad Naim Mahayadin, isterinya menangis sendirian ketika menidurkan anak tunggal mereka pada malam 13 Januari di rumah mereka di Alor Setar, Kedah.

“Saya ada tanya mengapa dia menangis, tapi dia hanya menjawab tak ada apa-apa. Saya pun tak syak apa-apa dan terus tidur,” katanya ketika ditemui di sini tadi. Menurutnya, pada keesokan harinya, dia menghantar isterinya ke tol Alor Setar kerana isterinya akan menaiki kereta rakannya ke tol Sungai Dua, Butterworth.



“Isteri saya tumpang kereta rakannya untuk ke tempat kerja dan parkir keretanya di tol Sungai Dua. Selepas menghantarnya di tol Alor Setar pada Isnin, jam 5.45 pagi, saya ada menghubunginya pada sebelah petang namun panggilan tidak dijawab.

“Pada jam 6.30 petang, saya pulang ke rumah dan mendapati telefon bimbit isteri ada di atas almari bilik. Saya menghubungi rakan isteri dan mereka juga tidak tahu di mana dia berada.

“Mereka hanya nampak kereta isteri di luar kawasan sekolah namun mengesahkan dia hadir pada hari tersebut. Berdasarkan keterangan guru besar, kali terakhir isteri saya dilihat adalah pada 14 Januari lalu kira-kira jam 9.40 pagi di kantin sekolah,” katanya.

Menurutnya, mereka tidak mempunyai masalah sebelum itu dan mengesyaki kehilangan isterinya itu ada hubung kait dengan kegagalan permohonan pertukaran tempat kerja.

“Pada masa sama, dia sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Alor Setar.

“Saya bersama-sama guru dan guru besar ada mencarinya di sekitar sekolah pada Selasa namun gagal. Saya buat laporan polis kerana bimbang keselamatan isteri saya,” katanya.



Risau dengan keadaan isterinya, Muhammad Naim berkata, dengan tekanan yang dihadapinya itu, dia dilarang untuk duduk berseorangan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan ketika ditemui berkata, sepasukan anggota polis dengan bantuan dari Unit K9 telah diarahkan untuk melancarkan operasi mencari guru tersebut.

Menurutnya, operasi mencari dilakukan di sekitar sekolah dan kampung berdekatan.

“Operasi dihentikan pada jam 6 petang tadi berikutan tiada petunjuk mengenai mangsa di kawasan sekitar.

“Saya mohon kepada orang awam yang mempunyai maklumat atau ternampak mangsa agar menghubungi balai polis terdekat atau Balai Polis Balik Pulau,” katanya.



Sumber: Sinar Harian

Mohon pertolongan. Puan NUR FARHANA BT HJ IBRAHIM. Berumur 27 thn. Seorang ustazah, telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Beliau mempunyai sejarah stress disorder dan pernah pengsan akibat stress.

Beliau last dikesan pada pukul 1 petang semalam di Sekolah Kebangsaan Genting, Balik Pulau tempat dia mengajar. Lepas tu terus hilang gagal dikesan. Tolong bantu Kesan di mana beliau berada.. SHARE naa..

Hubungi nombor : 0111 0649948/019 4589948 (abang- shauki) 01110769948 ( kakak-madihah)

No comments:

Powered by Blogger.