Header Ads

Makan Nasi Sesenduk Tapi Kenyang Macam Sepinggan, 10 Perkara Ini Anda Wajib Tahu Sebelum Nak Mula Diet



Nasi dan rakyat Malaysia sememangnya tidak boleh dipisahkan. Inilah yang menjadi masalah kepada mereka yang hendak kuruskan badan.

Kita semua tahu, nasi merupakan pembekal tenaga kepada badan. Namun, jika diambil berlebihan ia akan menyumbang kepada masalah kegemukan.

Sudah tu, macam mana nak kurus kalau diri sendiri tidak boleh berpisah dengan nasi?

Mujurlah ada orang yang baik hati hendak kongsikan tips. Lelaki ini kongsi 10 point penting, bagaimana dengan hanya makan nasi sesenduk tapi boleh kenyang macam makan sepinggan.

Menarik bukan? Jom baca apa 10 point tersebut.



Tips Makan Nasi Sesenduk Tapi Kenyang Macam Sepinggan
Makin ramai nak jaga badan, bagus. Tapi kita orang Malaysia, makan nasi dah jadi macam salah satu rukun negara. Susah betul nak kurangkan apatah lagi tinggalkan. Mungkin tips aku ni boleh bantu.

1. Minum air lebih kurang 10-20 minit sebelum makan. Minum paling tidak 500ml air. Supaya perut dah diisi sesuatu. Memang rasa mual dan muak tapi itu yang kita nak. Supaya perut tak meragam minta diisi banyak-banyak.

2. Ambil sesenduk nasi & lauk pula ambil yang berkuah. Lagi cantik kalau sayur sama portion atau gandakan dari nasi tadi. Bagi yang tak makan sayur, gandakan sekali ganda lauk daripada biasa.

Contohnya ayam jadi dua ketul. Pokoknya, ratio adalah 1 senduk nasi: 2 senduk sayur: 2 ketul lauk

3. Tujuan ganda lauk adalah bagi perut kenyang dengan lauk instead of nasi. Lauk berkuah pula ambillah sup, tomyam elak yang berlemak santan, nanti jadi masalah lain pula. Nak kurus kena berkorban sikit.

4. Makan dengan perlahan. Otak perlukan lebih kurang 20 minit untuk terima signal perut dah kenyang. Makan tergesa-gesa hanya buatkan kita makan lebih had. Kalau korang perasan, lepas setengah jam baru rasa perut penuh gila dan menyesal termakan banyak. Betul tak?


5. Minum air lebih kurang 5 minit selepas makan. Ini akan pastikan mana-mana nafsu dan kekosongan terisi dengan air. Yang bagusnya, 500ml air sebelum dan 500ml selepas makan dah buatkan korang minum 1L air sehari. Air bagus untuk pencernaan dan nyah toksin.

6. Lepas makan pun rasa lapar? Tahan dulu. Tunggu kejap sebab otak masih menerima signal perut dah ada isi atau tak. Ingat tujuan makan untuk kenyang. Bukan nak bina perut sentak macam busut.

7. Lebihkan air atau isi perut dengan snek kecil. Makan dengan kerap bermaksud bukan kerap makan nasi. Tapi kerap isi perut dengan sesuatu. Mungkim boleh kunyah buah, salad, kekacang atau apa-apa jajan rendah kalori dan gula. Ini bantu perut dan mulut tak boring.

8. Bayangkan sarapan sesenduk nasi, tengahari sesenduk dan malam sesenduk, secara purata, satu pinggan nasi adalah 3 senduk. Dengan teknik ni, korang macam makan sehari satu pinggan nasi sahaja. Wow!

9. Cara ni aku buat dulu sebelum aku masuk Fasa 1 Atkins. Macam yang kita tahu, Atkins amalkan disiplin very minimum carbs (20g carbs sahaja bagi Fasa 1). Tapi kalau tak mampu tahan Atkins, mulakan dengan kurangkan nasi je sebab nasi ni kita ambil melampau-lampau tanpa sedar.

10. Betul nasi tak menggemukkan tapi cara kita makan tu yang menggemukkan. Biar makan nasi sesenduk daripada konon tak nak makan nasi terus. Takut kecundang waktu lewat petang. End up kau melantak sebesen nasi dan ayat biasa kita “alamak, minggu depan jelah start diet”.


Sumber: Naufal Antezim

No comments:

Powered by Blogger.