Header Ads

Luahan Hati Dari Seorang Sahabat. Yang Kenal Rapat Dengan Ustazah Nur Farhana Lebih Tahu Macam Mana Dia Sebenarnya. Allah SWT Maha Mengetahui. Siapa Kita Untuk Menidakkannya.



Dilaporkan, ustazah itu dipercayai mengalami kemuruungan berikutan terpaksa berulang alik setiap hari dari Alor Senibong di Langgar, Alor Setar ke Balik Pulau, Pulau Pinang untuk mengajar di Sekolah Kebangsaan Genting.

Jarak sehala dari Langgar ke Balik Pulau kira-kira 100 kilometer dan difahamkan ustazah itu sudah banyak kali memohon untuk berpindah ke Kedah supaya lebih dekat dengan keluarganya.

Sejak hari pertama kehilangannya, malah selepas ustazah berusia 27 itu dijumpai semula di Kuala Kangsar, pelbagai kritik4n dan tohm4han dilemparkan terhadap Nur Farhana.

Namun di sebalik apa yang menimpa Nur Farhana, seorang wanita yang mengakui dirinya sahabat ustazah itu berkongsi mengenai guru berkenaan.

Sahabat Nur Farhana (kanan) tampil berkongsi di sebalik keperibadian ustazah itu.

Menggunakan nama Nur Nasuha Shuhaimi di laman sosial, dia menceritakan bagaimana menyaksikan sendiri betapa mulianya hati Nur Farhana melayani ibu bapanya semasa bermalam di rumah rakannya itu.

Sebagai rakan sekelas Nur Farhana dari Tingkatan 1 hingga 6, dia menyifatkan ustazah itu seorang yang bersemangat dan fokus dalam pelajaran.

“Mana mungkin aku lupa hang yang banyak tolong aku dalam pelajaran. Sentiasa bagi semangat saat aku hampir putus asa.

“Hang orang yang paling menyokong aku setiap kali aku kata aku nak masuk maktab, aku nak jadi cikgu,” katanya menerusi perkongsian di Facebook yang kini tular.

Nur Nasuha turut menggambarkan Nur Farhana begitu disenangi ramai kerana keperibadiannya yang ceria, ramah, mudah mesra selain suka berjenaka.

Mengimbas kembali beberapa bulan sebelum dia mendirikan rumah tangga, Nur Nasuha bersama ustazah itu berbual lama di telefon.

“Seperti biasa, hang sangat ceria bercerita itu ini. Hang banyak beri nasihat. Kalau nak cerita setiap kebaikan dan kemuliaan hati hang, tak akan pernah habis. Hang terlalu baik,” tambahnya.

Nur Farhana (kiri) disifatkan sahabatnya Farhana (kiri) sebagai seorang yang cukup disenangi

Berita mengenai kehilangan Nur Farhana ternyata menc3ngkam jiwanya namun percaya sahabatnya itu dilindungi Allah SWT.

“Tidak terungkap betapa sedihnya hatiku saat dikhabarkan hang hil4ng secara tiba-tiba. Namun aku yakin, orang yang baik macam hang, Allah akan jaga.

“Allah akan lindung daripada perkara-perkara yang buruk. Bersangka baik dengan Allah.

Alhamdulillah Allah makbulkan doa semua yang mendoakan hang,” katanya.

Di akhir coretan Nur Nasuha, dia berharap Nur Farhana tabah menghadapi segala krit1kan orang ramai mengenai dirinya, malah sedia memaafkan mereka.

“InsyaAllah Farhana yang aku kenal seorang sahabat yang kuat dan terlalu baik hatinya. Aku doakan semoga permohonan pertukaran hang ke Alor Setar diluluskan. InsyaAllah Amin. Aku sayang hang sahabat dunia akhiratku,” katanya.

Sumber: mstar.com.my via celotehsaje.com

No comments:

Powered by Blogger.