Header Ads

Dua beradik malang berbaju sekolah selongkar sampah akhirnya berjaya dijejaki



Tular sebelum ini dua beradik berbaju sekolah selongkar tempat pembuangan sampah cari duit belanja

AWAL pagi tadi (10 Januari 2019) di kala anak-anak anda sedang bersiap-siap untuk ke sekolah, atau mungkin masih lena dibuai mimpi di atas tilam empuk, dua beradik ini yang sudah bersiap awal sempat menyelongkar tempat pembuangan sampah sebelum ke sekolah.



Tindakan itu tidak lain bagi mencari sesuatu yang mungkin boleh dikutip dan dijual di tempat kitar semula, bagi mendapatkan sedikit duit belanja persekolahan mereka.

Gambar kejadian itu difahamkan diambil oleh Mohd Shahrizad sekitar jam 5:30 – 6:00 pagi tadi di Pasar Pelabuhan Klang, Selangor.

“Macam biasa, hari-hari 5:30-6:30 aku pergi pasar nak beli barang meniaga. keluar dari pasar masuk je dalam kereta aku perasan dua beradik ni pakai uniform sekolah,”

“Aku keluarkan telefon rakam budak-budak ni,” tulis Shahrizad.

“Dik, buat apa ni? Dia ingat aku nak marah dia pasal suara aku terkuat sikit.



“Cari barang nak jual bang nak buat duit belanja sekolah,” jawapan itu menimbulkan rasa sedih, lantas Shahrizad meninggalkan sedikit duit belanja kepada kedua beradik itu sebelum beredar.

Zaman sekolah dulu, aku pun pernah kutip tin dan surat khabar untuk dijual di tempat kitar semula. Tapi aku buat benda tu sebagai hobi, dan tak konsisten pun sekadar untuk tambah duit belanja.

Tapi dua beradik ini, kalau sampai sebelum ke sekolah pun sanggup selongkar tempat pembuangan sampah, mungkin kehidupan mereka begitu dhaif, sampai terpaksa buat begitu. Semoga Allah permudahkan rezeki mereka sekeluarga.

Dua beradik selongkar tong sampai dijumpai.
SUSULAN tersebarnya kisah dua orang adik-beradik memakai pakaian sekolah menyelongkar tempat pembuangan sampah di Pasar Klang semalam, orang ramai tak henti-henti menghubungi MiLo SuaM (hampir 1,000 email diterima) bagi mendapatkan identiti pelajar berkenaan.

MiLo SuaM tidak dapat memberikan maklumat pelajar berkenaan, kerana tiada maklumat lengkap. Namun telah berjanji kepada semua sahabat-sahabat yang prihatin untuk berkongsi maklumat setelah mereka berjaya dijejaki.

Syukur Alhamdulillah, pagi tadi (11 Januari 2018) ADUN Pelabuhan Klang, YB Azmizam Zaman Huri bersama sukarelawan Team Muafakat Klang telah turun menjejaki keluarga adik-beradik berkenaan seawal jam 4.30 kerana tiada maklumat lengkap.


Hasil maklumat dari pengunjung dan pekerja di pasar Pelabuhan Klang, mereka berjaya menjejaki keluarga dua beradik berkenaan.

Difahamkan, pasangan ibu bapa adik-beradik tersebut merupakan pelarian Rohingya yang mendapat perlindungan PBB di Malaysia.



Bapa mereka mendapat upah RM50 sehari bekerja sebagai pembantu di salah sebuah gerai menjual sayuran di pasar tersebut. Di samping itu mereka mencari barangan lusuh untuk dijual bagi menampung perbelanjaan harian keluarga.

Sewa kediaman dan bayaran utiliti rumah mereka ditanggung oleh majikan kepada bapa adik-beradik tersebut.

Meskipun mereka warga asing, atas dasar kemanusiaan Pusat Khidmat Rakyat N46 DUN Pelabuhan Klang akan mencari jalan bagi membantu meringankan kos perbelanjaan sekolah anak-anak keluarga itu.

Seperti yang dijanjikan, jika orang ramai yang bersimpati ingin menyumbang boleh hubungi terus keluarga adik beradik berkenaan di talian 011-25481224

Sumber milo suam

No comments:

Powered by Blogger.