Header Ads

“Bersentuhan Dengan Lelaki, Itu Antara Saya Dan Tuhan” - Adira Suhaimi



Baru saja melancarkan muzik video terbarunya, Pujaan Hati beberapa hari lalu, penyanyi Adira Suhaimi memberitahu dia bersedia menerima kecaman netizen berhubung babak bersentuhan dengan model lelaki dalam muzik video tersebut.

Ujarnya lagi, dia sudah memaklumkan hal itu terlebih dahulu kepada suaminya, Datuk Red dan babak bersentuhan itu dilakonkan demi menjayakan jalan cerita.

“Sebelum penggambaran muzik video ini saya sudah maklumkan kepada suami dan dia tak bising. Saya tidak kisah sekiranya babak bersentuhan dengan model lelaki dalam muzik video Pujaan Hati ini dikecam netizen. Saya sudah bersedia!

“Ini bukan mencari publisiti murahan tetapi saya hanya mengikut kehendak skrip. Itu antara saya dan Tuhan.



“Sebelum shooting pun saya sedia maklum akan babak itu jadi saya tidak letakkan sebarang syarat. Babak itu untuk menampakkan jalan cerita lagi real,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Adira meluahkan rasa syukur single terbarunya itu menjadi lagu OST untuk drama bersiri popular Pujaan Hati Kanda di slot Akasia TV3 dan disukai ramai.

Artikel lain

"Jarakkan Dulu Hamil Kerana Keduanya Melalui Pembedahan"


Selamat menimang cahaya mata semalam menerusi pembedahan, Adira Suhaimi tidak merancang untuk menambah bilangan anak lagi kerana bimbang dengan kondisi kesihatan kerana anak sulungnya sebelum ini juga melalui pembedahan.

Melalui proses pembedahan buat kali kedua, Adira mengakui sedikit sukar buatnya untuk melalui proses kehamilan lagi. Malah anak keduanya juga difahamkan keluar seminggu awal dari jangkaan doktor.

“Alhamdulillah sudah ada sepasang. Disebabkan kedua-dua anak lahir menerusi pembedahan, jadi saya tidak merancang menambah lagi cahaya mata. Tunggu anak besar sedikit barulah saya akan fikirkan perancangan karier seni”

“Disebabkan kedua-dua anak lahir melalui pembedahan, saya terpaksa jarakkan kandungan. Insya-Allah kalau dikurniakan rezeki lagi, mungkin selepas tiga tahun hamil semula. Kalau keadaan anak dan saya okay, saya tak lama di hospital. Doakan yang baik-baik untuk saya,” katanya.

Dalam masa yang sama, Adira menganggap kehadiran anak ketiga mereka yang diberi nama Asan sudah melengkapi rumah tangga mereka yang kini mempunyai sepasang cahaya mata sejak bernikah tiga tahun lalu. (rtky/w)

Sumber : rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.