Bengang Diisytihar Muflis, Iqram Dinzly ‘Naik Hantu’
Menerusi Harian Metro, Iqram Dinzly diisytihar muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas gagal membayar cukai pendapatan RM77,000. Pelakon itu bengang di ruangan Instagram sehingga memaki hamun pihak LHDN. Tak cukup dengan itu, dia turut mendakwa dia dirompak tanpa usul periksa.
Sampai ke mati kau takkan lupakan
Khususnya untok ‘ Wanita Bertudung ‘ yang kononnya ada kuasa tapi kepala bana di @lhdnm Jalan Duta! Kau tahu kau siapa , tapi kau tak tahu apa yang aku rasa. Kau cuma tahu apa yang kau nak kata tanpa usul periksa. Apa sahaja yang kau perkatakan dan arahkan selamba, Allah Maha Mengetahuinya. Allah Maha kuasa segalanya.
Aku doakan kau supaya setiap kata kata kau memakan jiwa dan sampai ke mati kau takkan lupakan aku dan sengsara untok memohon maaf pada aku disebabkan kedajjalan kau yang kepala bana!
Terima kasih Lembaga Hauk Duit Nasionalitas
Kepada yang bersubahat juga, aku haramkan untok berjumpa roh aku dan keturunanku terutamanya. Mama aku di Padang Masyar sana Di dunia ? Sorry, sampai ma ti aku doa supaya tidak berjumpa atau bersua.
Jijik Mata aku untok memandangnya! Apa Apa pun terima kasih Lembaga Hauk Duit Nasionalitas ! Semoga MA TI berhadas! AAMINNNN .
Saya kena terima – Iqram Dinzly
Saya sampai lambat, jadi peguam LHDN hanya serahkan keputusan mahkamah. Saya tak tahu nak cakap apa. Mahkamah sudah putuskan, jadi saya kena terima.
Lagi pula saya memang tak mampu nak bayar dan tak boleh nak buat apa-apa. Cuma sekarang, saya kena cari jalan macam mana nak selamatkan aset yang ada seperti rumah dan kereta. Ini saja yang tinggal.
Menurut Iqram, notis pemberitahuan mengenai bayaran cukai pendapatan itu diterima sejak tiga tahun lalu yang pada asalnya berjumlah hampir RM200,000. Jumlah itu dikira sepanjang 10 tahun pembabitannya dalam bidang lakonan.
Disebabkan itu, jumlah meningkat semula kepada RM77,000 dan dia diberi tempoh 10 hari untuk menjelaskannya. Jika gagal, dia akan diisytihar muflis. Ditanya sama ada dia akan kembali berlakon untuk menjana pendapatan bagi membayar hutang itu, Iqram tegas dengan pendirian tidak sama sekali.
Sumber : Iqram Dinzly via ohbulan
No comments: