Header Ads

(12 Gambar) Berwajah Mirip Scha Alyahya, Kakak Aliff Syukri Jadi Perhatian Netizen



Baru-baru ini, kakak kepada usahawan selebriti popular Datuk Aliff Syukri, Noor Hayati Kamarzaman menjadi perhatian netizen selepas kongsikan pendapatnya tentang usahawan.

Muka persis iras-iras Scha Alyahya ramai yang terkejut Datuk Aliff Syukri mempunyai seorang kakak yang cukup cantik, manis dan nampak begitu ayu.

Jika Aliff tekad untuk cipta jenama dan mengasa D’Herbs dengan caranya sendiri tanpa bergantung simpati daripada ibunya, Yatie atau kakak kepada Aliff ini kekal dan terus berusaha untuk meneruskan legasi ibunya sebagai Pengarah Kreatif di Sendayu Tinggi.

Melihat wajahnya memang saling tak tumpah seperti ibunya yang tetap maintain cantik dan muda.

Okay tak nak cakap banyak, korang tengok sendiri betul ke kakak Aliff ni ada iras-iras Scha?











Sumber gambar : mediahiburan


Artikel menarik lain

Kakak Aliff Syukri Hentam Adiknya?


Kakak kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman iaitu Noor Hayati menasihatkan netizen supaya berhenti memberi publisti kepada individu yang mempermainkan agama.

Noor Hayati mengaku strategi pemasaran adiknya, Aliff Syukri yang jauh berbeza dengan dirinya adalah sesuatu yang salah.

"Berat rasa nak menaip. Nanti ada yang cakap acah-acah baik... tapi, kita sebagai netizen kena berhenti berkongsi dan mempopularkan mereka yang terang-terangan memainkan agama dan tukar jantina ini.

"Kita menggalakkan lagi mereka untuk bersaing, cerita siapa yang lebih tular. Itu yang mereka nak dan remaja-remaja yang sedang mencari identiti diri, akan terikut," katanya.

Kenyataan itu dibuat menerusi akaun laman Instagram beliau.

Rata-rata netizen kagum dengan pendirian yang dipegang Noor Hayati.

Bagaimanapun, ada di kalangan pengikutnya yang membangkitkan isu Aliff Syukri mempromosikan perniagaan menerusi lagu duet bersama Nur Sajat.

Mengulas hal itu, Noor Hayati berkata, dia sendiri tidak bersetuju dengan tindakan yang diambil adiknya itu.

"Yang salah tetap salah. Keluar dari perut yang sama (merujuk kepada dirinya dan Aliff sebagai adik-beradik), belum tentu sikap pun sama.

"Mudah-mudahan kita semua dipandu ke arah yang betul dan baik," tulisnya yang juga merupakan Pengarah Eksekutif Sendayu Tinggi.

kredit : iluminasi.com

No comments:

Powered by Blogger.