“Rumah Saya Sendiri Kemas, Baju Saya Lipat, Harga Sayur Kat Mana Murah Pun Saya Tahu” – Ungku Hariz Akui Hidap OCD
Suami pengacara popular Jihan Muse, Ungku Hariz akui fasa menjadi ketua keluarga dan bergelar bapa banyak mematangkannya.
Pelbagai perubahan dialami sejak menimang cahaya mata sulung, Ungku Arsalan 10 bulan lalu, kata Ungku kebanyakan kerja rumahnya dilakukannya sendiri tanpa bergantung pada isteri.
“Kalau dulu, saya tak pernah tahu pun harga sayur di pasaran. Sekarang ni, sebut sahaja sayur apa berapa harga semua sudah dalam kepala.
“Pasar tani saya pergi, rumah pun saya sendiri kemas, malah baju pun saya sendiri lipat.
“Tambah-tambah bila ada OCD (Obsessive Compulsive Disorder), saya memang suka buat semua kerja sendiri,” katanya kepada Gempak.
Malah, kata Ungku, dia kini lebih cenderung untuk meluangkan masa bersama keluarga di rumah berbanding rakan-rakannya.
“Semua yang saya buat sekarang hanya untuk keluarga terutama anak, sudah jarang fikir untuk diri sendiri.
“Sekarang pun sudah kurang melepak luar, kalau ada masa habis sahaja shooting terus balik rumah nak jumpa anak,” tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Ungku kini muncul dengan filem televisyen terbaharu Berani Jadi Papa bergandingan dengan Rykarl dan Datuk Awie.
Berani Jadi Papa mengisahkan kehidupan seorang bapa tunggal, Kamal bersama anaknya Ayim yang tidak sefahaman.
Keadaan mula berubah apabila tubuh mereka tertukar ketika sedang bertengkar.
Berani Jadi Papa telah mula bersiaran di Astro First Eksklusif (480) mulai 6 Disember.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Berani Jadi Papa berulang kali selama 48 jam dari waktu pembelian
Ungku Hariz Terkilan Tuduhan Ditanggung Isteri
Jihan dan Ungku Hariz sentiasa menyokong di antara satu sama lain.
Pelakon Ungku Hariz berasa terkilan apabila ada pihak melemparkan fitnah kononnya kehidupan dia ditanggung oleh isterinya yang juga pengacara dan pelawak, Jihan Muse.
Ungku Hariz, 32, bagaimanapun merasakan tidak perlu untuknya mempertahankan diri kerana dia tahu sudah menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik terhadap isterinya itu.
“Saya manusia biasa dan tidak dapat lari daripada berasa terguris apabila mendengar gosip itu.
“Memang saya terkejut apabila ada orang kata hidup saya ditanggung isteri walaupun ia tidak benar.
“Pun begitu baik saya atau Jihan kami lebih tahu dan tidak perlu saya war-warkan apa yang saya sudah lakukan untuk isteri dan rumah tangga kami,” katanya kepada mStar Online.
Pemilik nama sebenar Ungku Hariz Faizal dan Jihan mendirikan rumah tangga pada 20 Mac tahun lalu.
Jihan dan Ungku Hariz akan terlibat dalam drama bersiri Biniku Ninja di menjalani penggambaran di Eropah.
Ungku Hariz menambah, gosip itu timbul mungkin disebabkan Jihan dilihat lebih menonjol dalam bidang seni berbanding dirinya walaupun sudah lama bertapak sebagai pelakon.
“Faktor Jihan lebih menonjol mungkin menjadi faktor tetapi itu bukan satu masalah kepada saya kerana itu adalah rezeki isteri saya.
“Tetapi Alhamdulillah kami saling memberi semangat kerana sebelum berkahwin pun saya dan Jihan sudah berkawan lama dan tahu permulaan kami di mana,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Ungku Hariz berkata, dia dan Jihan bakal ke Eropah selama 45 hari bagi menjalani penggambaran drama bersiri Biniku Ninja untuk siaran Astro Oasis.
Ungku Hariz dan Jihan berkahwin pada 20 Mac tahun lalu.
Katanya, dia teruja dapat kembali bekerjasama dengan Jihan kerana mereka juga dapat melawat tempat-tempat menarik di Eropah nanti.
“Jika diikutkan ini adalah projek ketiga menggandingkan kami berdua dan Biniku Ninja yang pertama selepas kami berkahwin.
“Kebetulan drama ini bakal disiarkan di Astro Oasis dan hanya membenarkan pasangan suami-isteri sebenar bergandingan sebagai hero dan heroin.
“Alang-alang sebulan penggambaran di Eropah nanti dapat juga kami berbulan madu dan melawat kawasan menarik di sana nanti,” ujarnya.
Selain itu, Ungku Hariz juga bakal muncul dengan filem Kimci Untuk Awak tidak lama lagi.
Sumber : astrogempak & mstar
No comments: