Rakyat Malaysia L emas Di Australia, Keluarga Perlu RM30,000 Bawa Pulang Je nazah
BALING 3 Dis. – Seorang rakyat Malaysia, Rizq Azzadin Mohd. Azhar, 32, dilaporkan ma ti le mas di Sungai Colo, Australia kira-kira pukul 9 pagi waktu Malaysia, semalam.
RIZQ AZZADIN
Bapa saudaranya, Ramli Husin, 62, yang tinggal di Parit Panjang, di sini memaklumkan, Rizq Azzadin pergi ke Australia bersama adik bongsunya, Adam, sejak Aidilfitri lalu dan mereka dipercayai sedang mandi di sungai tersebut ketika kejadian.
Anak sulung daripada empat beradik yang tinggal di Kampung Selamat, Sungai Buloh di Selangor itu dikatakan berkunjung ke sungai tersebut bersama sekumpulan rakan untuk mandi-manda.
“Semalam Rizq Azzadin bercuti dan dia bersama kira-kira empat kawannya pergi mandi sungai. Menurut adiknya, Rizq Azzadin turun terlebih dahulu ke dalam sungai namun tidak naik semula.
“Difahamkan, Adam dan yang lain takut untuk tolong kerana faktor kedalaman sungai selain arus yang dikatakan kuat,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Media tempatan Australia, 9News dilaporkan berkata, mangsa sedang berenang bersama dua yang lain berdekatan Jambatan Putty Road sebelum tiba-tiba hilang dari permukaan sungai.
Tambah Ramli, kema tian anak saudaranya itu diketahui pihak keluarga melalui kenalan allah yarham yang bekerja di sana.
Lantaran itu, Ramli berkata, keluarga sudah bercadang untuk membawa pulang jen azah Rizq Azzadin ke tanah air kerana kos pengebumian di sana mencecah hampir RM40,000.
“Malah, untuk urusan membawa pulang j enazah juga memerlukan kos kira-kira RM30,000 tetapi jumlah itu juga amat tinggi dan kami masih kekurangan wang.
“Keluarga juga telah berurusan dengan pihak kerajaan, namun kami dimaklumkan kerajaan tiada peruntukan untuk tujuan itu,” katanya yang merayu bantuan orang ramai untuk membawa pulang jenazah allahyarham.
Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank ibu allahyarham, Rokiah Hashim menerusi nombor akaun 164397933465
Sumber: Utusan Online
No comments: