Header Ads

Majikan gang gagal bayar gaji pada selewatnya 7 haribulan setiap bulan, pekerja boleh buat aduan terhadap majikan



Kebanyakan kita, minggu keempat di setiap bulan adalah minggu yang terpaksa berjimat cermat atau mengikat perut sebelum menerima bayaran gaji ke akaun bank. Tetapi bagaimana jika gaji anda belum dibayar mengikut tarikh yang sepatutnya?

Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar, pekerja boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa sekiranya gaji mereka tidak dibayar pada 7 haribulan.

Mahfuz berkata demikian ketika menggulas mengenai kes berhubung kakitangan sebuah syarikat jurutera yang mengadu tidak menerima pembayaran gaji mereka selama enam bulan.

“Saya telah meneliti sidang media yang dilakukan oleh pekerja Scomi Engineering Bhd pagi tadi dan saya sangat terkejut.

“Sesuatu yang mengejutkan apabila pihak majikan membayar gaji untuk satu tempoh yang agak lama dan ini merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pekerja di bawah Seksyen 19.

“Gaji juga seharusnya dibayar mengikut akta ini tidak lebih daripada 7 haribulan. Pekerja tak perlu tunggu sampai tempoh enam bulan untuk buat aduan,” katanya.

Dalam kenyataan itu, Mahfuz menegaskan Kementerian Sumber Manusia tidak akan berkompromi dalam hal melibatkan penganiayaan terhadap pekerja, sekalipun ia membabitkan syarikat gergasi dan disenaraikan di Bursa Malaysia.

Sumber: Astro Awani, World of Buzz via thereporter


Artikel menarik lain

Mak mertua marah minum ais masa berpantang? Ibu-ibu perlu ambil tahu cerita sebenar.



Namun sedar atau tidak, ada antara petua atau pantang larang yang diamalkan dalam masyarakat sejak dahulu lagi sebenarnya sekadar mitos yang tidak benar.

Salah satu daripanya ialah wanita berpantang tidak dibenarkan mengambil minuman sejuk atau berais kerana dikhuatiri akan menyebabkan perut buncit.

Wow! Tentunya perkara ini amat ditakui oleh para ibu kerana bimbang bentuk badan akan berubah selepas bersalin.


Namun sejauh manakah kebenarannya itu?

Pegawai Perubatan Kehamilan dan Sakit Puan, Dr Aimi Rahayu Abdul Rashid menolak semua mitos yang tersebar berkenaan isu ini.

Kata Dr Aimi, tiada bukti dalam kajian perubatan yang mengatakan ais mengakibatkan perut buncit.

Menurutnya, suhu air sejuk yang diminum akan berubah secara semulajadi mengikut suhu normal badan manusia iaitu 37 darjah celcius.

“Sebenarnya penyebab perut buncit ialah apabila kita mengambil minuman sejuk yang mengandungiu kalori.

“Ais berkalori terjadi sekiranya anda mencampurkannya dengan gula, krimer atau air berkabonat,” katanya kepada mStar Online.

Wanita dalam pantang pun boleh minum ais!

Jelasnya, mekanisme sama juga berlaku terhadap wanita yang sedang berpantang selepas melahirkan anak.

“Ibu yang baru bersalin memang akan hadapi masalah perut buncit. Namun ia disebabkan lapisan lemak di bawah kulit.

“Ibu berpandang perlu hidrasi yang cukup kerana mereka menyusukan bayi.

“Jika merasakan minum ais boleh hilangkan dahaga, maka minumlah tapi dalam kadar sederhana,” katanya.

Bagaimanapun, terpulang kepada anda sama ada ingin mengikut atau meneruskan amalan pantang seperti yang diturunkan nenek moyang asalkan ia tidak memudaratkan diri sendiri!



Sumber : mstar via detikberita

No comments:

Powered by Blogger.