‘Maafkan I Sebab Jarang Sangat Cakap Sayang Dan Rindu You’ – Luahan Sayu Bapa 3 Anak 'Kehilangan' Isteri Buat Selamanya...
Kehilangan isteri tercinta akibat jangkitan kuman Ogos lalu, bapa kepada tiga orang anak ini berkongsi luahan sayu di Facebook. Tambah menyedihkan apabila anak-anak sudah kehilangan kasih sayang seorang ibu seawal usia kecil.
Terbaru, ketika menziarahi pusara isteri, suami meluahkan hanya mampu menangis dan merindu.
‘Assalamualaikum yang, I datang ni’
“Assalamualaikum yang, I datang ni.”
Senyap dan sunyi.
Rumput-rumput liar dicabut-cabut, batu-batu kecil dan pasir halus di atas pusaranya dikuis-kuis. Hanya air mata mengalir laju bersama esakan kecil.
“Yang…I love you so much. So so much”
“Demi Allah yang, I rindu you sangat-sangat. Tak tertahan rasanya. Takde satu hari pun yang i tak pernah ingat atau fikir pasal you. Setiap hari I rindu”
“Maafkan I kerana semasa hidup I jarang cakap yang I sayang dan rindu you. I mengharapkan you faham melalui perbuatan sahaja yang sememangnya tak memadai.”
“Tak cukup yang”
“Sepatutnya I lebih banyak luahkan perasaan kasih dan sayang I pada you melalui ucapan dan kata-kata. Tetapi tidak, I simpan semua, hanya sesekali bila terasa”
“Namun sekarang ni dah terlewat. Bagai hendak meletup dada ini yang. Banyak sangat perasaan kasih sayang dan rindu yang nak i ucapkan pada you. Berjuta kali pun I sanggup yang, I sanggup”
“I wish you can hear me…”
“I really wish you can hear me…”
“I love you and I terribly miss you”
Jeda.
Hanya mampu menangis dan merindu'
“Ya Allah, kau sampaikanlah rasa cinta, kasih dan rindu ini pada isteri ku. Kau ampunilah segala dosa dan tempatkanlah dia di dalam syurgaMu.
Ya Allah, sesungguhnya aku sangat-sangat merindui dia. Kau redakanlah kerinduanku dan kau lapangkanlah dadaku.
Ya Allah, Sesungguhnya anak-anak sangat berduka di dalam merindu sosok ibu mereka. Kau redakanlah dan kurniakanlah kebahagiaan dan kegembiraan buat mereka.
Ya Allah, berikan kekuatan kepada kami untuk meneruskan hidup tanpa dia. Kau bukalah jalan dan permudahkanlah untuk aku membesarkan anak-anak dia.
Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang maha pengasih lagi maha penyanyang.
Aminn, Ya Robbal Al Amin.
Perkenankanlah doa-doa kami.”
Jeda.
Kita selalunya akan lebih menghargai sesuatu yang telah tiada. Yang telah hilang atau diambil dari kita. Sudah terlewat ketika itu. Masa tidak akan berputar kembali.
Hanya mampu menangis dan merindu.
Kerinduan pula adalah suatu perasaan yang sangat sukar untuk diungkapkan. Setiap kali ia datang, hati terasa bagai dirobek-robek dan tinggallah ruang-ruang kosong yang tak bisa diisi dan dipenuhi.
Benar, hidup perlu diteruskan.
Akan tetapi, rindu tidak akan pernah padam.
Selamanya.
#diairiseorangsuperdaddy
Sumber : Khairul Abdullah via ohbulan
No comments: