Header Ads

Kalau Baju Masih Lekat Sabun Dan Kotor, Itu Petanda Mesin Basuh Kena Servis, Ini Cara Yang Senang Untuk Cuci Sendiri Bagi Bersih, Anda Pun Boleh Buat Sendiri..



Puan Ana Mariana ni tunjukkan langkah demi langkahnya. Cara nak buka mesin basuh automatik untuk dibersihkan dari kotoran. Lagi-lagi bila dikesan baju yang dibasuh tu masih kotor dan lekat sabun.

Katanya beliau pernah ternampak posting seseorang dalam facebook cara nak bersihkan mesih basuh. Memandangkan suaminya tiada di rumah, dia pun buat sendiri kerja-kerja membuka dan membersih mesin basuh.

“Senang je rupanya. Lama dah guna mesin basuh ni. Patut pun bila basuh baju macam tak berapa nak cuci je. Sabun pula duk lekat kat baju lagi.”

Nanti bila mak-mak dah buka, akan nampak betapa kotor dalam mesin basuh tu. Selepas buka, kenalah cuci semua kotor-kotor dalamnya. Selesai cuci, akan rasa macam guna mesin basuh baru.

Rujuk Panduan Bergambar Untuk Buka Dan Cuci Bersih Mesin Basuh
















Nota : Maklum beliau lagi, ini cara yang digunakan untuk mesin basuh model di atas. Model lain mungkin cara bukanya berbeza.

Sumber/Foto : Ana Mariana via mingguan wanita

No comments:

Powered by Blogger.