Ada Pihak Yang Tidak Senang Duduk Dan ‘Goyang’ Kalau Saya Berbaik Dengan Aidil – Rita Rudaini
Pernah memberitahu beliau tidak akan pernah berhenti mengingatkan anak-anak tentang bapa mereka, pelakon Rita Rudaini menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang tidak senang hati dan ‘panas’ sekiranya beliau berbaik semula dengan bekas suaminya, Aidil Zafuan demi anak-anak mereka.
Malah, pihak tersebut didakwa cuba melakukan pelbagai perkara untuk melaga-lagakan mereka berdua sehingga anak-anak tidak dapat merasa belaian dan kasih sayang seorang bapa.
Bagaimanapun, Rita tidak akan putus asa untuk mendekatkan silaturahim antara Aidil dan anak-anak mereka
Entah kenapa ada yang ‘panas’ apabila saya kongsi pasal ayah kepada anak-anak. Itu darah daging dan mereka patut kenal serta tahu siapa ayah mereka.
Dari dulu saya tak pernah memburuk-burukkan Aidil depan anak-anak. Saya cuma tak kongsi sebab waktu itu, anak-anak terlalu kecil selain menyangka Aidil akan mencari anaknya.
Cubalah bersihkan hati dan jangan melaga-lagakan kami. Ramai lagi pasangan yang ditakdirkan berpisah. Namun masih rapat, jenguk dan ambil tahu pasal darah daging mereka.
Menjawab pertanyaan daripada peminat menerusi IG Live isterinya baru-baru ini, Aidil memberitahu beliau bersedia menemui dua orang anaknya itu pada bila-bila masa. Kita doakan yang baik-baik sahaja dan semoga pertemuan itu akan terjadi.
Biodata Rita Rudaini, Pelakon Tetap Jelita Sehingga Kini
Biodata Rita Rudaini
Nama Penuh : Rita Rudaini binti Mokhtar
Nama Panggilan : Rita
Nama Popular : Rita Rudaini
Tarikh Lahir : 11 April 1976
Umur : 40 tahun(2016)
Asal : Kampung Sentua, Utan Aji, Kangar, Perlis
Warganegara : Malaysia
Agama : Islam
Status : Pernah berkahwin
Bekas Suami : Akbar Shaari (1999-2001), Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (2008-2013)
Nama Anak : Airit Rayyan Rizqin (lelaki)
Kerjaya : Pelakon, model dan usahawan (Pengasas Rudaini Beaute)
Pendidikan : Diploma Pentadbiran Perniagaan, Kolej Damansara Utama
Kerjaya Terdahulu : Pernah berkhidmat sebagai pramugari MAS
Pencapaian : Finalist Dewi Remaja 1998/99, dikenali sebagai Ratu Telenovela TV Melayu sejak 2005, tercalon sebagai Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia ke 17, pernah dicalonkan pada sebagai Pelakon Filem Wanita Popular (2003), Pelakon TV/VCD Wanita Popular (2005), Pelakon TV Wanita Popular, Pelakon Filem Wanita Popular (2006), Pelakon TV Wanita Popular (2007), Pelakon TV Wanita Popular (2008)
Drama 2016 : Ahli Mesyuarat Tingkap dan Tak Beli Tak Cinta
Telefilem 2013 : Antara Safa Dan Marwah
Filem 2015 : Love, Supermoon
Laman Sosial Rita Rudaini
Instagram : https://www.instagram.com/ritrud727
Sumber Berita : BH ONLINE
No comments: