Abang bomba sudah ramai tahu memang hebat, tapi si kecil ini pula ternyata sangat pintar apabila...
LELAKI berdepan detik cemas apabila dua anaknya terperangkap di dalam kereta ketika dia memberhentikan kenderaannya untuk menyerahkan sepucuk surat kepada jirannya di Bandar Sunway, Subang Jaya, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Timbalan Penguasa Bomba Syed Shahril Anuar Syed Sulaiman berkata, lelaki terbabit menghubungi bomba memaklumkan dua anaknya berusia tiga tahun dan sembilan bulan terperangkap dalam kereta pada 6.35 petang.
“Sepasukan anggota bersama satu jentera bergegas ke tempat kejadian dan tiba 10 minit kemudian sebelum mendapati seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan dan kakaknya berusia tiga tahun terperangkap dalam kereta Mini Cooper dengan enjin masih hidup.
“Memandangkan kereta itu tidak boleh diumpil, anggota bomba cuba untuk mengajar kanak-kanak berusia tiga tahun itu membuka kunci kereta itu.
“Mereka bermain-main dengan kanak-kanak itu menggunakan alat seperti lampu suluh sehingga akhirnya kanak-kanak itu mengikuti arahan anggota bomba untuk membuka kunci kereta,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Syed Shahril Anuar berkata, pihaknya mengambil masa selama 20 minit untuk menunjukkan kanak-kanak itu cara untuk membuka pintu.
Beliau berkata, kanak-kanak terbabit suka bermain dengan anggota bomba dan mereka mengambil masa untuk melayannya kerana kanak-kanak agak sukar dijangka perangai mereka.
“Kami berasa lega akhirnya dia berjaya mengikut arahan untuk membuka sendiri pintu kereta itu,” katanya.
Mesti BACA!
Sanggup Menyorok Selama 3 Jam Di Bawah Bas Yang Bergerak Sejauh 80 Kilometer, Kisah Dua Beradik Ini Buat Netizen Sedih
Dua kanak-kanak sanggup menyorok dibawah bas sepanjang 80 kilometer (km) perjalanan selama tiga jam semata-mata mahu berjumpa ibu bapa mereka yang bekerja di bandar.
Kanak-kanak tersebut dipercayai datang dari sebuah perkampungan miskin di kawasan pedalaman di Nazuo, Wilayah Guangxi.
Menurut sumber Southern Morning Post, kanak-kanak berusia sekitar lapan dan sembilan tahun itu, ditemui diselaputi lumpur oleh seorang pekerja keselamatan apabila bas berkenaan berhenti di sebuah stesen di daerah Xilin.
“Mereka sangat kurus sehingga mampu menyelit di bahagian bawah bas itu dan sanggup menggadai nyawa berpaut sepanjang perjalanan semata-mata rindu mahu menemui ibu bapa,” kata seorang pekerja stesen bas.
Anggota badan kanak-kanak terbabit dipenuhi lumpur kerana terlibat dengan perjalanan yang agak jauh sebelum dibantu oleh pekerja stesen itu yang mencuci pakaian dan memberi makanan kepada mereka.
Sementara itu, mereka menumpang bas yang membuat perjalanan dari Nazuo ke Baise kerana diberitahu saudara-mara bahawa ibu bapa mereka bekerja di sana
“Ibu bapa mereka sebenarnya bekerja lebih jauh iaitu di wilayah Guangdong, namun saudara-mara memberitahu bekerja di Baise sekadar untuk ‘menyedapkan hati’ mereka,”kata pekerja itu.
Keluarga kanak-kanak itu mengambil mereka selepas mendapat maklumat mengenai penemuan mereka pada petang hari yang sama.
Sumber : BBC
No comments: