Header Ads

(8 Gambar Terlajak Romantik) Anisha, Gadis Yang Sedang Dating Dengan Prince Mateen?



Prince Mateen, siapa yang tak kenal dengan anakanda Sultan Brunei yang begitu tampan sehingga telah mencuri hati para gadis di Malaysia. Memang ramai yang jatuh cinta dengan kekacakkan dan status yang dimiliki oleh Prince Mateen ini. Putera ini pernah hadir di acara sukan di Malaysia dan terus menjadi viral kerana ramai yang bersorak bagaikan seorang selebriti.

Terbaru, Pengiran Muda Mateen ini khabarnya sedang bercinta dengan seseorang. Gadis yang sedang ‘dating’ dengan Prince Mateen ialah seorang gadis yang didakwa cucu kepada salah seorang Menteri berpengaruh di Brunei.

Nama gadis jelita berkenaan ialah Anisha Isa-Kalebic.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Twitter, netizen kongsi beberapa foto yang merupakan hint mereka bercuti bersama. Ada beberapa foto yang mana kedua-dua mereka dilihat berada di tempat yang sama di dalam waktu yang sama.

Sejauh mana kebenaran Putera Brunei ini sedang hangat bercinta dengan gadis jelita itu?

Kepada yang nak tahu, Anisha Isa-Kalebic merupakan salah seorang cucu kepada Pehin Isa, salah seorang menteri dan orang yang berpengaruh di Brunei. Dia menetap di Bath, United Kingdom. Gadis jelita ni juga dikatakan suka travel dan ada buka travel agency dengan rakannya.

Ini foto gadis ini yang sememangya jelita, secocok dengan Prince Mateen:





Ini foto mereka bersama:






Kisah mereka menjadi bualan orang ramai terutama para gadis di Malaysia. Ialah ramailah yang acah-acah kecewa setelah mengetahui bahawa jejaka impian mereka mungkin sudah menemui cinta hatinya.

Apapun sehingga kini, masih tiada lagi berita rasmi tentang hubungan antara Prince Mateen dan juga Anisha, ini hanyalah gosip dan hanya cakap-cakap dari para netizen sahaja.


Sumber : Penmerahpress

No comments:

Powered by Blogger.