Header Ads

Tolong jaga luka bersunat anak anda, 9 nasihat dari doktor khas buat ibubapa yang risau anak bentan, jangan ambil remeh ye...



Kredit gambar kepada blog http://mkhaiaz.blogspot.com/2012/02/budak-sunat-p.html

Ini nasihat saya pada mereka, yang mana boleh anda gunakan juga:

1- Lepas sunat, balutan gauze tu perlu di buka setelah 48jam. Paling lama pun 3 hari. Untuk 48jam pertama, hujung lubang penis tu perlu dicuci bersih setiap kali lepas kencing.

2- Setelah balutan gauze dibuka, luka sunat perlu dicuci ( wound dressing). Boleh cuci dgn normal saline yang boleh di beli diklinik/farmasi. Cuci lah 3-4 kali sehari, cuci perlahan lahan dan tekap perlahan lahan dengan clean gauze untuk keringkannya. Saya sendiri guna hair dryer kepada anak saya masa dia sunat dua tahun lepas. Caranya ialah lepas dressing, set kan hair dryer ke suhu biasa, dan acukan angin tu ke kawasan penis. Dengan cara ini, kawasan tu akan lebih kering (kurang risiko infection). Masa mandi, dah boleh kena air, cuma jangan digosok kuat/ sental untuk cuba tanggalkan keruping. Biarkan. Bila selalu di dressing + kena air masa mandi, ini akan luruh sendiri.

3- Masalah yang kerap terjadi iaitu datang ke klinik lps sunat ” kulit keruping banyak melekat” boleh dielakkan jika amalkan step no. 2 dengan istiqomah. Memang ramai juga yang datang dengan keruping banyak gila bertempek kerana tak buat dressing langsung. Antara cara mudah nak luruhkan keruping yang banyak ni ialah rendamkan penis tu ke dalam bekas kecil (macam bekas paper cup corn in cup) berisi normal saline. Biarlah dalam 3-5 min, ulang la 3-4 kali sehari.

4- Bengkak di sekitar kawasan luka sunat yang masyarakat kita gelar bentan, actually normal process. Lepas surgery, bengkak sedikit tu normal. Yang abnormal ( infection) ialah kalau bengkak besar sangat + kulit tu warna merah + maybe ada cecair likat dah nak macam nanah. Dan bengkak sebab infection menyebabkan rasa berdenyut sakit, maybe disertakan dengan demam, maybe kelenjar di groin boleh bengkak sekali.

5- Perlu saya nasihat tentang point no.4, kerana kepercayaan masyarakat kita, budak lepas sunat tak diberi banyak air (macam org lepas bersalin). Saya jumpa banyak kali kes mcm ni. Kesian budak tu kehausan. Dehyrated. Bagi minum secukupnya. Ingat, bentan tu normal process untuk sembuh, dan air yang diminum tak pergi kat penis tu ( menyebabkan bentan, kononnya). Tentang berpantang makan, jujurnya, tak payah la pantang. Makan la ikan, ayam, sayur, telur, buah buahan tu semua. Nutrisi yang mencukupi penting untuk proses sembuh yang cepat. Kicap tak pergi ke penis, maka jika anak tu teringin nak mkn kicap, bagi lah. Kalau kulit memang gelap, maka gelap la ia disitu, takde kena mengena dengan kicap. Kuning telur berkhasiat, dan ia juga tak pergi ke penis jadi nanah, maka bagi lah anak makan telur lepas sunat.



6- Tak semestinya kena pakai kain pelikat. Asalkan tau cara nak elak kepala penis tu bergesel dgn kain, maka nak pakai seluar pun boleh. Caranya, guna bekas corn in cup tu dan buang dasarnya untuk ventilation. Rasa ngilu bila kepala penis tu bergesel dengan kain memang normal. Ye la selama ni dia duduk terlindung di dalam kulit. Beri masa at least 1-3 minggu lepas sunat untuk anak tu jadi disensitized kepala penisnya. Kena beri galakan pada anak. Kat sini peranan ayah/ abang tu perlu, sebab kalau mak, dia memang terlebih caring dan manjakan budak lepas sunat. Perlu juga banyak gerakan setelah 3 hari bersunat. Jangan asyik baring je layan tablet.Bergerak la ke dapur, ke depan, jalan-jalan sikit. Jangan pulak berlari atau gigih main futsal tak sampai seminggu sunat, ni memang saja cari penyakit.

7- Ubat tahan sakit selalunya memang diberi lepas sunat. Makan lah bila perlu. Sesetengah doktor bagi antibiotik. Maka pendapat saya, makan lah dan ikut aturan.

8- Jumpa doktor jika tak pasti dengan perkembangan lepas sunat. Antara simptom yang perlu diberi perhatian ialah demam / sakit masa kencing / darah banyak keluar dari tempat jahitan / bengkak yang di suspect infection( rujuk no.4).



9- Secara umumnya, sunat cara berjahit lebih cepat sembuh berbanding sunat cara clamp. Sunat berjahit ambik masa yang lama sikit masa prosedur, namun tak perlu derita 2 kali. Kalau sunat clamp, masa nak bukak clamp tu ada masalah clamp melekat kuat, maka tu yang jadi derita kali kedua. Boleh tahan sakitnya tau nak tarik keluar clamp tu. Sebagai parents, kena tahu pro & con setiap teknik sunat. Bila dah faham, baru decide. Kelmarin saya dapat satu kes si bapa bawa anaknya yang dah 5 hari sunat untuk diperiksa. Saya saja tanya “anak sunat guna clamp ke cara biasa?”. Si ayah boleh jawab tak tahu. Dia hantar je anak ke acara sunat beramai ramai anjuran surau taman.

Sumber artikel : Mingguan Wanita


No comments:

Powered by Blogger.