Sungguh Tak Disangka Rupanya Layan Isteri Bercakap Boleh Buat Otak Geliga, Ini Penjelasannya
Golongan wanita dikaitkan dengan sifat suka bercerita, bercakap, dan berceloteh dengan keluarga, rakan atau pasangan mereka. Sebenarnya, sifat ini merupakan antara tarikan yang ada pada diri wanita dan akan membuatkan orang rindu dengan mereka.
Pasti ada segelintir dari kita yang kurang gemar dengan sikap kuat berceloteh kaum wanita ini kerana dianggap merimaskan. Tetapi, jika dipandang dari sudut yang lain, sebenarnya ada kebaikannya sifat suka berceloteh ini.
Seperti yang dikongsikan oleh Mohd Fhais di laman Facebooknya, katanya layan celoteh isteri sebenarnya boleh membuatkan otak geliga. Betul ke?
Ikuti perkongsian ini dan semoga bermanfaat ya!
Tahu tak? Layan Isteri Bercakap Boleh Buat Otak Bergeliga.
Serius tau, semakin kerap dengar celoteh isteri semakin otak ni jadi bergeliga, selalu idea fresh datang dengan sendiri. Padahal yang dia duk ngomel tu tak ada kaitan langsung dengan kerja pun..
Menurut kajian Profesor Madya Dr. Sabitha Marican dari UUM wanita boleh bercakap sekurangnya 20 ribu patah perkataan sehari. Orang lelaki pula hanya 7 ribu sahaja.
3 kali ganda lebih banyak !
Sebab itu bila kita layan isteri bercakap kebarangkalian otak kita jadi lebih bijak adalah 3 kali ganda lebih tinggi daripada kita duk berborak dengan kawan lelaki.
Bayangkan jika berborak dengan lelaki otak kita hanya akan memproses maklumat sebanyak 7 ribu patah perkataan sahaja. Mungkin kurang dari itu..
Berbanding borak dengan wanita otak kita di paksa untuk proses 20 ribu maklumat sekaligus. Lebih banyak memproses akan menbuatkan otak jadi lebih cepat berfikir.
Sebab inilah kenapa otak wanita 10 kali ganda lebih cepat memproses maklumat daripada otak lelaki kerana mereka dah berlatih bercakap 20 ribu patah perkataan sehari sejak kecil lagi..
Jadi memang tak hairanlah kalau isteri kita dalam kereta bercakap, basuh pinggan bercakap, lipat baju bercakap, malah tengah makan pun dia boleh bercakap. Sebabnya mereka ada quota yang perlu dipenuhi.
Lepas ni kalau nampak isteri berceloteh jangan marah, pasang telinga betul-betul sebab mungkin idea jutaan ringgit boleh datang tiba-tiba..
Kerana setiap patah yang keluar dari mulut isteri itu pembawa rezeki.
p/s : Kongsikan supaya lebih ramai lelaki yang tahu menghargai wanita yang petah bercakap.
Sumber: Mohd Fhais
Sumber artikel : Siakapkeli
No comments: